RCB Rai Ulang Tahun ke-30 Sebagai Penaja Utama Festival Y15, Y16 & 135LC 6.0

28 Sep 2025 • 11:05 PM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

image is not available

Pulau Pinang menjadi tumpuan komuniti permotoran tanah air apabila Festival Y15, Y16 & 135LC 6.0 anjuran Maju YX15 berlangsung meriah selama dua hari, Jumaat hingga Sabtu lalu. Acara ini mencatat kehadiran luar biasa dengan lebih 70,000 pengunjung pelbagai lapisan masyarakat membanjiri lokasi festival.

RCB, jenama aksesori motosikal terkemuka, tampil sebagai Penaja Utama dan menggunakan festival ini sebagai platform meraikan ulang tahun ke-30 mereka bersama komuniti dua roda. Majlis perasmian disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah, Timbalan Menteri Dalam Negeri, yang turut beramah mesra dengan para pengunjung serta menyatakan sokongan terhadap usaha memperkukuh industri motosikal tempatan.

Kemuncak festival menyaksikan penyampaian Hadiah Utama berupa sebuah kereta Mercedes Benz A250 yang ditaja sepenuhnya oleh RCB kepada pemenang bertuah, Yaya Fairuz, 19 tahun, dari Puncak Alam. Selain itu, pelbagai hadiah menarik turut disediakan seperti beberapa buah motosikal, rim karbon RCB bernilai RM12,000, barangan edisi khas 30 tahun bernilai RM2,000, cover set eksklusif serta pelbagai cenderahati rasmi.

Rakan penaja UMA Racing juga turut memeriahkan acara dengan sumbangan Superhead bernilai RM1,500 dan produk bernilai keseluruhan RM3,000 untuk pertandingan sepanjang festival.

Menurut Pengurus Besar Kumpulan Pemasaran RCB, Marcus Leong, festival ini adalah peluang istimewa untuk mendekati peminat motosikal serta menghargai sokongan mereka selama ini. Festival ini sekali lagi membuktikan bahawa budaya permotoran tempatan terus berkembang pesat, menyatukan komuniti dalam suasana penuh semangat dan kekeluargaan.

Teruskan bersama Two Wheels..!

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available