
RCB, jenama aksesori motosikal terkemuka, tampil sebagai Penaja Utama bagi Festival Y15, Y16 & 135LC 6.0 yang dianjurkan oleh Maju YX15.
Festival yang berlangsung selama dua hari, bermula Jumaat hingga Sabtu di Pulau Pinang, berjaya menarik lebih 70,000 pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat.
Majlis perasmian disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah, Timbalan Menteri Dalam Negeri, yang turut beramah mesra bersama komuniti permotoran serta menyatakan sokongan terhadap usaha memperkukuh industri motosikal tempatan.
Kemuncak festival adalah penyampaian Hadiah Utama berupa sebuah kereta Mercedes Benz A250, ditaja sepenuhnya oleh RCB. Hadiah tersebut dimenangi oleh Yaya Fairuz, 19 tahun, dari Puncak Alam.
Selain itu, pelbagai hadiah menarik turut ditawarkan, antaranya:
- Beberapa unit motosikal
- 2 rim carbon RCB bernilai RM12,000
- Barangan edisi khas 30 tahun RCB bernilai RM2,000
- Set penutup badan (cover set) eksklusif RCB
- Pelbagai cenderahati serta produk rasmi RCB
Rakan penaja lain, UMA Racing, turut menyumbang Superhead bernilai RM1,500 dan produk UMA bernilai keseluruhan RM3,000 untuk beberapa pertandingan sepanjang festival.
Sebagai jenama yang sinonim dengan inovasi, prestasi dan gaya, RCB menjadikan festival ini sebagai platform untuk meraikan ulang tahun ke-30 bersama komuniti permotoran serta menzahirkan penghargaan kepada para pengguna yang setia menyokong perjalanan jenama ini.
“Festival Y15, Y16 & 135LC 6.0 anjuran Maju YX15 merupakan peluang istimewa bagi kami di RCB untuk mendekati para peminat motosikal, selain meraikan ulang tahun ke-30 bersama komuniti yang menjadi sebahagian daripada kejayaan kami,” kata Marcus Leong, Pengurus Besar Kumpulan Pemasaran RCB.
Dengan kehadiran lebih 70,000 pengunjung serta sokongan padu daripada rakan penaja dan penganjur, festival ini sekali lagi membuktikan bahawa industri permotoran tempatan terus berkembang sebagai budaya yang menyatukan komuniti dengan semangat kekeluargaan.









The post RCB Selaku Penaja Utama Memeriahkan Festival Y15, Y16 & 135LC 6.0 appeared first on TW Media.
