RCI kenal pasti 14 pelaburan bermasalah TH, kerugian cecah berbilion

LocalBusiness & Finance
11 Aug 2026 • 11:22 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: RCI kenal pasti 14 pelaburan bermasalah TH, kerugian cecah berbilion

PETALING JAYA – Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) mengenal pasti 14 pelaburan bermasalah yang dikaitkan dengan kerugian mencecah berbilion ringgit.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Hasan berkata, antara pelaburan ketara yang dikenal pasti ialah Putrajaya Perdana, Al-Rawda, PT TH Indo Plantations (THIP), Trurich dan FGV.

Menurutnya, laporan RCI mendapati tekanan untuk mengumumkan bayaran dividen tinggi dari tahun ke tahun mendorong TH membuat beberapa pelaburan berisiko tinggi sehingga mengalami kerugian besar.

“Laporan RCI telah mengenal pasti 14 pelaburan bermasalah yang dikaitkan dengan kerugian menjangkau berbilion ringgit.

“Antara yang ketara adalah Putrajaya Perdana, Al-Rawda, PT TH Indo Plantations (THIP), Trurich dan FGV yang melibatkan kepentingan pihak-pihak tertentu,” katanya ketika memberi penerangan berhubung Laporan RCI TH pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini.

Katanya, pelaburan terbabit diluluskan Menteri selepas diperakui dan disyorkan Lembaga Pengarah untuk kelulusan sepanjang tempoh antara 2010 hingga 2017.

Sebagai contoh, TH pada 2015 hingga 2017 memajak empat hotel di Mekah dan Madinah serta membayar kira-kira RM1.55 bilion secara pendahuluan kepada Al-Rawda bagi pajakan selama 10 hingga 18 tahun.

TH turut melantik Al-Rawda sebagai pengendali keempat-empat hotel berkenaan, namun syarikat itu gagal membayar pendapatan sewa sejak Mac 2019 sebelum prosiding penguatkuasaan dilaksanakan di Arab Saudi.

Dalam kes FGV pula, TH berdepan kerugian lebih RM1 bilion selepas harga saham syarikat itu menjunam, manakala pelaburan dalam Putrajaya Perdana pula merekodkan kerugian RM145.3 juta. – KOSMO! ONLINE

The post RCI kenal pasti 14 pelaburan bermasalah TH, kerugian cecah berbilion appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved