RCI Tabung Haji: Kecoh Bila Tuduhan Tanpa Bukti, Sunyi Bila Fakta Muncul – Bekas CEO TH

LocalPolitics
30 Jul 2026 • 1:16 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan pengurusan dan operasi TH dinyahklasifikasikan kerajaan.

Menerusi hantaran di Facebook pada Khamis, beliau berkata terdapat pihak yang lantang ketika dakwaan dilemparkan, namun berdiam diri apabila fakta didedahkan.

“Saya fahami arah pemikiran mana-mana kumpulan WhatsApp apabila kecohnya mereka apabila wujud tuduhan tanpa bukti dan kesunyian apabila timbulnya fakta,”tulisnya.

Image from: RCI Tabung Haji: Kecoh Bila Tuduhan Tanpa Bukti, Sunyi Bila Fakta Muncul – Bekas CEO TH

Laporan RCI antara lain menyentuh penamatan perkhidmatan Nik Mohd Hasyudeen sebagai CEO TH pada 5 Mei 2021 serta bekas Pengerusi TH, Tan Sri Md Nor Md Yusof pada 15 Oktober 2021 sebelum tempoh kontrak masing-masing berakhir.

Menurut RCI, Menteri di bawah Seksyen 6(5) Akta Tabung Haji 1995 mempunyai kuasa membatalkan pelantikan mana-mana anggota Lembaga pada bila-bila masa tanpa memberikan sebab.

Bagaimanapun, suruhanjaya mendapati kedua-dua mereka telah memberikan perkhidmatan yang baik ketika menerajui TH dan sedang melaksanakan penambahbaikan terhadap institusi berkenaan.

“Suruhanjaya mendapati kedua-dua mereka telah memberikan perkhidmatan yang baik dan sebenarnya sedang melaksanakan penambahbaikan terhadap TH. Penamatan pelantikan mereka secara mengejut tanpa sebab telah memberi kesan kepada proses penambahbaikan yang sedang dilaksanakan,” kata laporan itu.

Image from: RCI Tabung Haji: Kecoh Bila Tuduhan Tanpa Bukti, Sunyi Bila Fakta Muncul – Bekas CEO TH

Susulan dapatan tersebut, RCI berpandangan kuasa membatalkan pelantikan anggota Lembaga tanpa sebab tidak wajar dikekalkan dalam Akta 535.

Suruhanjaya turut mencadangkan supaya sebarang keputusan penamatan pelantikan anggota Lembaga TH dirujuk terlebih dahulu kepada jawatankuasa atau badan penasihat bebas, selain memastikan alasan munasabah diberikan sebelum sesuatu perkhidmatan ditamatkan.

Laporan RCI mengenai pengurusan dan operasi TH bagi tempoh 2014 hingga 2020 itu dinyahklasifikasikan kerajaan pada Rabu, bersama 25 syor penambahbaikan yang dikemukakan suruhanjaya.

Sumber: FB Nik Hasyudeen

The post RCI Tabung Haji: Kecoh Bila Tuduhan Tanpa Bukti, Sunyi Bila Fakta Muncul – Bekas CEO TH appeared first on Borak Daily.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved