RCI Tabung Haji: SPRM tahan bekas CEO

LocalPolitics
21 Aug 2026 • 11:39 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

RCI Tabung Haji: SPRM tahan bekas CEO Image from: RCI Tabung Haji: SPRM tahan bekas CEO liza21/08/2026 - 11:39

KUALA LUMPUR 21 Ogos – Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Tabung Haji (TH) tiba di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini bagi prosiding reman berkaitan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai institusi berkenaan.

 

Individu berusia lingkungan 60-an itu tiba pada 9.35 pagi dengan memakai baju reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berwarna jingga.

 

Laporan RCI mengenai TH yang dimuat naik di portal rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 29 Julai lepas antara lain mencadangkan supaya audit forensik dijalankan untuk meneliti bagaimana keputusan pelaburan yang lalu dibuat sehingga menyebabkan TH berhadapan dengan penurunan nilai aset yang teruk.

 

 

 

 

 

Laporan RCI bagi menyiasat isu pengurusan dan operasi TH daripada 2014 hingga 2020 itu turut menyenaraikan pelaburan bermasalah yang memerlukan audit forensik.

 

 

 

 

 

RCI berkenaan mendapati wujudnya transaksi yang mencurigakan dan penyembunyian maklumat.

 

SPRM pada 30 Julai memaklumkan menubuhkan pasukan khas bagi menyemak dan meneliti laporan RCI bagi meneliti sebarang isu perundangan melibatkan unsur rasuah, penyelewengan, pemalsuan dokumen, salah guna kuasa atau pengubahan wang haram mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 atau kesalahan yang berkaitan.– BERNAMA

 

 

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved