Lima individu ditahan SPRM berhubung kerugian penjualan tanah Perda RM1.96 juta

LocalPolitics
21 Aug 2026 • 2:50 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Lima individu ditahan SPRM berhubung kerugian penjualan tanah Perda RM1.96 juta Image from: Lima individu ditahan SPRM berhubung kerugian penjualan tanah Perda RM1.96 juta liza21/08/2026 - 14:50 Kelima-lima suspek dibawa ke Mahkamah Majistret George Town bagi permohonan reman untuk membolehkan SPRM menjalankan siasatan lanjut berhubung dakwaan salah guna kedudukan tersebut - Gambar SPRM Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN liza@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 21 Ogos – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan lima individu termasuk pengerusi sebuah agensi kerajaan berkaitan pembangunan Pulau Pinang bagi membantu siasatan dakwaan salah guna kuasa dalam penjualan lapan lot tanah yang menyebabkan kerugian kira-kira RM1.96 juta.

 

Kesemua suspek, yang berusia antara 40-an dan 50-an itu ditahan secara berperingkat di Ibu Pejabat SPRM Pulau Pinang antara kira-kira jam 11 pagi hingga tengah hari ini.

 

Empat lagi individu yang ditahan terdiri daripada dua pengarah syarikat, seorang pengurus teknikal dan seorang kerani wanita.

 

Siasatan penjualan tanah sejak 2015

Siasatan SPRM dipercayai berkaitan urusan pelupusan lapan lot tanah milik Pihak Berkuasa Kemajuan Negeri Pulau Pinang (Perda) di Seberang Perai Selatan pada 2015.

 

Pegawai kanan berkenaan dipercayai mempunyai peranan dalam Perda ketika urus niaga itu berlaku, meskipun ketika itu  memegang kapasiti atau jawatan yang berbeza daripada kedudukannya sekarang.

 

Beliau didakwa menggunakan kedudukannya ketika itu untuk menyokong atau meluluskan penjualan tanah berkenaan kepada sebuah syarikat yang dipercayai mempunyai kaitan dengan seorang sekutunya.

 

Tanah tersebut didakwa dijual pada harga lebih rendah daripada nilai pasaran, menyebabkan agensi kerajaan berkenaan mengalami kerugian yang dianggarkan sekitar RM1.96 juta.

 

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman, mengesahkan penahanan kelima-lima individu berkenaan dan memaklumkan kes itu sedang disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009. 

 

Lima suspek direman bantu siasatan

Kelima-lima suspek dibawa ke Mahkamah Majistret George Town bagi permohonan reman untuk membolehkan SPRM menjalankan siasatan lanjut berhubung dakwaan salah guna kedudukan tersebut. 

 

Perda merupakan sebuah badan berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW). - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved