RCI TH: Bekas CEO Tabung Haji ditahan reman disyaki seleweng RM190 juta

LocalPolitics
21 Aug 2026 • 11:53 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: RCI TH: Bekas CEO Tabung Haji ditahan reman disyaki seleweng RM190 juta

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tabung Haji (TH) kerana disyaki terlibat dalam penyelewengan wang pelaburan dan saham Lembaga Tabung Haji (LTH) bernilai kira-kira RM190 juta

Perintah reman selama tujuh hari sehingga 27 Ogos depan terhadap suspek telah dikeluarkan Majistret Ezrene Zakariah selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 60-an telah ditahan kira-kira pukul 3.30 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Terdahulu, individu berusia 60-an itu tiba kira-kira pukul 9.38 pagi dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) sebelum di bawa oleh pegawai SPRM.

Lelaki berkenaan tiba dengan keadaan tangan bergari serta berbaju lokap SPRM.

Minggu lalu, seramai tujuh individu telah ditahan termasuk seorang wanita yang terdiri daripada seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), pengarah syarikat, bekas pengarah syarikat dan empat bekas pengurusan kanan Lembaga TH bersabit isu RCI lembaga itu.

Tahanan reman ini adalah susulan daripada siasatan oleh pasukan khas yang ditubuhkan bagi menyemak dan meneliti hasil Laporan
RCI TH yang telah didedahkan kepada umum menerusi portal rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia pada 29 Julai 2026.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

The post RCI TH: Bekas CEO Tabung Haji ditahan reman disyaki seleweng RM190 juta appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved