RCI TH: Bekas CFO dirakam percakapan hari terakhir

LocalPolitics
7 Aug 2026 • 8:11 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: RCI TH: Bekas CFO dirakam percakapan hari terakhir

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini telah selesai merakam percakapan bekas ketua pegawai kewangan (CFO) sebuah syarikat milik badan berkanun yang dipanggil bagi membantu siasatan.

Ia berhubung dakwaan salah guna kuasa pembelian saham dua buah syarikat perladangan bernilai kira-kira RM370 juta.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, hari ini adalah hari keempat dan terakhir SPRM merakam percakapan bekas pegawai kanan tersebut yang telah bermula Selasa lalu.

“Sesi rakaman percakapan beliau untuk hari keempat ini telah bermula jam 9 pagi tadi dan telah berakhir pukul 6.30 petang.

“Hari ini adalah hari terakhir SPRM merakam percakapan bekas pegawai kanan tersebut,” katanya. – UTUSAN

The post RCI TH: Bekas CFO dirakam percakapan hari terakhir appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved