RCI TH: Bekas menteri didakwa Isnin depan

LocalPolitics
10 Sep 2026 • 5:08 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: RCI TH: Bekas menteri didakwa Isnin depan

PUTRAJAYA – Seorang bekas menteri akan dihadapkan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Isnin depan selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperoleh keizinan Jabatan Peguam Negara untuk mendakwa tokoh politik terbabit.

Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Seri Abdul Halim Aman berkata, bekas menteri itu akan berdepan tiga pertuduhan di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan melibatkan siasatan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji.

“Pihak kami telah mendapat izin untuk mendakwa daripada pihak Peguam Negara bagi mengemukakan pertuduhan ke mahkamah terhadap bekas menteri berkenaan.

“SPRM telah mengesyorkan sebanyak tiga pertuduhan di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan,” katanya pada pemberita selepas sesi wawancara di Ibu Pejabat SPRM di sini tadi.

Selasa lalu, SPRM melepaskan bekas menteri yang sebelum ini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan melibatkan RCI TH.

Sebelum ini, SPRM telah menahan reman bekas menteri itu ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Pada masa sama, SPRM turut menahan reman bekas Pengerusi dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Tabung Haji (TH) serta bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP).

Pada 14 Ogos lalu, tujuh individu termasuk seorang wanita yang terdiri daripada seorang CEO, pengarah syarikat, bekas pengarah syarikat serta empat bekas pengurusan kanan TH ditahan SPRM bagi membantu siasatan berkaitan isu sama.

Dalam laporan RCI yang didedahkan pada 29 Julai lalu, sebanyak 25 syor utama dikemukakan bagi meningkatkan ketelusan, profesionalisme, dan tadbir urus institusi terbabit. – KOSMO! ONLINE

The post RCI TH: Bekas menteri didakwa Isnin depan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved