RCI TH: Bekas pengurus lapangan, pengarah syarikat direman SPRM

LocalPolitics
5 Aug 2026 • 6:50 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: RCI TH: Bekas pengurus lapangan, pengarah syarikat direman SPRM

PUTRAJAYA: Seorang bekas pe­ngurus ladang dan pengarah syarikat direman oleh Suruhanjaya Pencegarahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.

Tahanan reman itu susulan siasatan oleh pasukan khas yang ditubuhkan bagi menyemak dan meneliti hasil Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji yang telah didedahkan kepada umum menerusi portal rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 29 Julai 2026.

Dalam satu kes, seorang bekas pengurus ladang sebuah syarikat pembekalan anak benih pokok getah di Lembah Klang direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menyeleweng kontrak pembekalan anak benih kepada anak syarikat sebuah badan berkanun yang terlibat sektor perladangan bernilai kira-kira RM8 juta.

Perintah reman selama tiga hari sehingga 6 Ogos ini terhadap suspek dikeluarkan Majistret Ezrene Zakariah selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi semalam.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 50-an itu telah ditahan pukul 7 malam tadi ketika hadir memberi kete­rangan di Ibu Pejabat SPRM.

“Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut antara tahun 2015 hingga 2017.

“Suspek dipercayai telah menyeleweng projek pembekalan anak benih getah di dua buah syarikat perladangan, anak syarikat sebuah badan berkanun melibatkan kontrak bernilai kira-kira RM8 juta,” katanya.

Dalam satu lagi kes, seorang pengarah syarikat reka bentuk direman SPRM kerana disyaki memberi rasuah RM300,000 kepada seorang bekas ketua pegawai operasi (COO) badan berkanunsebagai balasan membantu mendapatkan projek-projek ubah suai di badan berkanun tersebut.

Perintah reman selama dua hari hingga esok (5 Ogos 2026) terhadap suspek dikeluarkan Majistret Ezrene Zakariah selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 50-an itu telah ditahan pukul 7.30 malam tadi ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.

“Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut antara tahun 2014 hingga 2018.

“Suspek dipercayai telah mem­beri rasuah dalam bentuk pengubahsuaian empat unit rumah milik bekas COO tersebut yang jumlah keseluruhannya ber­nilai kira-kira RM300,000,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009. – UTUSAN

The post RCI TH: Bekas pengurus lapangan, pengarah syarikat direman SPRM appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved