RCI TH: Jangan serah pada orang lain jawab! Pembangkang tak perlu hadir kerana PM tiada – Abdul Hadi

LocalPolitics
14 Aug 2026 • 12:07 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Sidang Khas Dewan Rakyat berhubung laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH) sepatutnya dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menjawab sendiri persoalan penting yang dibangkitkan dalam sesi berkenaan.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, laporan RCI TH hanya dibentangkan dalam bentuk penerangan menteri, sekali gus menyebabkan pembangkang menganggap tiada keperluan untuk menyertai persidangan khas berkenaan.

Menurutnya, sebagai individu yang memanggil persidangan khas itu, Perdana Menteri perlu hadir dan bertanggungjawab menjawab segala persoalan yang timbul.

“Kalau kita (pembangkang) hadir, kita dengar sahaja. Dia (Anwar) kena hadir, kena jawablah. Dia tidak boleh serah kepada orang lain,” katanya kepada Utusan Online selepas menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila, di sini hari ini.

Image from: RCI TH: Jangan serah pada orang lain jawab! Pembangkang tak perlu hadir kerana PM tiada – Abdul Hadi

Terdahulu, pembangkang bertindak keluar Dewan selepas mempertikaikan status Sidang Khas Dewan Rakyat berhubung RCI TH yang didakwa hanya bertaraf penerangan menteri tanpa sebarang keputusan Parlimen.

Artikel lain: PM Anwar tak hadir, pembangkang keluar dewan rakyat tak sertai sesi penerangan RCI TH

Mereka turut meminta sidang khas itu ditangguhkan ke satu tarikh baharu susulan ketidakhadiran Perdana Menteri atas faktor kesihatan.

Image from: RCI TH: Jangan serah pada orang lain jawab! Pembangkang tak perlu hadir kerana PM tiada – Abdul Hadi

Pada Isnin lalu, Anwar dilaporkan selamat menjalani prosedur pembedahan laparoskopi secara elektif bagi merawat hernia perut atau para-umbilical hernia.

Sumber: Utusan Online (Mohd Shariza Abdullah)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved