RCI Tabung Haji: Pembangkang tidak perlu hadir kerana Perdana Menter tiada – Presiden Pas

LocalPolitics
14 Aug 2026 • 11:41 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Tabung haji

MARANG: Sidang Khas Dewan Rakyat Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH) sepatutnya dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menjawab sendiri persoalan penting yang ingin dibangkitkan semasa sesi berkenaan.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, laporan RCI TH itu hanya dibentangkan dalam bentuk penerangan menteri sekali gus menggangap tiada keperluan pembangkang untuk menyertainya.

Beliau berkata, sebagai individu yang memanggil persidangan khas itu diadakan, Perdana Menteri perlu hadir dan bertangungjawab menjawab persoalan-persoalan berbangkit.

“Kalau kita (pembangkang) hadir, kita dengar sahaja. Dia (Anwar) kena hadir, kena jawablah. Dia tidak boleh serah kepada orang lain,” katanya selepas menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila, di sini hari ini.

Terdahulu, pembangkang bertindak keluar Dewan kerana mempertikai status Sidang Khas Dewan Rakyat RCI TH yang didakwa hanya bertaraf penerangan menteri tanpa sebarang keputusan Parlimen.

Mereka meminta sidang khas itu ditangguhkan ke satu tarikh yang baharu susulan ketidakhadiran Perdana Menteri atas faktor kesihatan.

Isnin lalu, Anwar dilaporkan selamat menjalani prosedur pembedahan laparoskopi secara elektif bagi merawat hernia perut atau para-umbilical hernia. – UTUSAN

The post RCI Tabung Haji: Pembangkang tidak perlu hadir kerana Perdana Menter tiada – Presiden Pas appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved