RCI THi: SPRM sambung reman bekas menteri dua hari lagi

LocalPolitics
6 Sep 2026 • 3:28 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: RCI THi: SPRM sambung reman bekas menteri dua hari lagi

PETALING JAYA: Reman seorang bekas menteri berhubung isu Tabung Haji (TH) susulan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) TH disambung dua hari lagi bermula esok hingga 8 September ini.

Ia bagi membantu siasatan kes TH susulan laporan (RCI-TH) selepas tempoh reman bekas menteri berusia 60-an itu berakhir hari ini.

Perintah dikeluarkan oleh Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan Zakariah selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd. Halim Aman ketika dihubungi berkata, kes kini disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Sehingga kini, terdapat seramai 11 individu ditahan oleh SPRM dalam siasatan susulan pendedahan Laporan RCI, TH.

Kesemua tangkapan itu disahkan Abd Halim dalam satu sidang akhbar SPRM di Ibu Pejabat SPRM, Rabu lalu.

Daripada lapan kertas siasatan, seramai 11 individu telah ditahan.

Berikut merupakan senarai mereka yang telah ditahan:

Bekas Pengarah Urusan TH, 61.
Pengarah syarikat Putrajaya Perdana, 59.
Bekas Pengarah Putra Perdana Construction Sdn. Bhd., 61.
Bekas Pengerusi TH, 60.
Bekas Pengarah Putrajaya Perdana Berhad, 69.
Ketua Pegawai Operasi Alam Maritim Sdn. Bhd., 67.
Bekas Pengurus Besar Kanan Haji TH, 65.
Bekas Pengurus Besar Kanan Bahagian Korporat, Kewangan dan Perkhidmatan TH, 58.
Bekas Pengurus Besar Kanan Bahagian Korporat, Kewangan dan Perkhidmatan TH, 59.
Bekas Penasihat Undang-Undang TH, 60.
Bekas menteri, 65.

 

 

The post RCI THi: SPRM sambung reman bekas menteri dua hari lagi appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved