Rich Messaging Services (RCS) adalah kaedah untuk menghantar mesej pada peranti Android. Ia menggantikan SMS dan menggunakan Internet seperti iMessage pada peranti Apple. Menurut Google, RCS adalah perkhidmatan pemesejan yang paling selamat berbanding iMessage dengan ia mempunyai lebih 800 juta pengguna aktif bulanan .
Terkini Google telah mengaktifkan penyulitan penuh pada RCS di Google Messages untuk memastikan mesej-mesej pengguna tidak boleh diakses oleh sesiapa. Penyulitan ini diaktifkan secara lalai dan turut terkesan kepada mesej berkumpulan.

Di Malaysia, hampir setiap syarikat telekomunikasi telah pun mengaktifkan RCS untuk digunakan pada peranti Android. Malah aplikasi Google Messages turut telah menjadi aplikasi pemesejan lalai untuk majoriti peranti Android sekarang.
Adakah anda menggunakan RCS untuk bersembang bersama rakan atau yang tersayang atau masih menggunakan WhatsApp?
- Sumber
