Reaksi keputusan Najib: Anthony Loke tawar letak jawatan Menteri Pengangkutan

LocalPolitics
19 Sep 2026 • 6:40 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook menawarkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan susulan keputusan membenarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah.

Akan kemukakan surat kepada PM Anwar

Menerusi sidang media di Pejabat DAPAnthony yang dikongsikan di laman Facebook rasmi beliau, Loke menyatakan akan mengemukakan surat peletakan jawatan itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam masa terdekat.

Walau bagaimanapun, keputusan itu hanya melibatkan dirinya sebagai anggota Jemaah Menteri, manakala menteri dan timbalan menteri DAP lain kekal dalam pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

Menurutnya, keputusan berkenaan dicapai selepas Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP bermesyuarat dan membahaskan perkara itu selama hampir tiga jam pada petang Sabtu.

“Pendirian DAP diterjemahkan melalui peletakan jawatan saya sebagai Menteri Pengangkutan. Saya akan mengemukakan surat kepada Perdana Menteri dalam masa terdekat,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat DAP.

Menteri & Timbalan Menteri DAP lain kekal dalam kabinet

Menurut Anthony, barisan menteri dan timbalan menteri DAP turut menyatakan kesediaan untuk melepaskan jawatan pada bila-bila masa.

Namun ujarnya, CEC memutuskan mereka perlu kekal dalam kerajaan buat masa ini bagi menjamin kestabilan politik negara dan mengelakkan pentadbiran Anwar kehilangan sokongan majoriti.

Katanya lagi, DAP menyedari terdapat pihak tertentu yang menunggu parti itu keluar daripada kerajaan sehingga boleh mencetuskan ketidakstabilan politik atau membawa kepada perubahan kerajaan.

“Kita amat sedar permainan politik pihak tertentu dan harapan mereka supaya DAP membuat keputusan yang membolehkan cita-cita politik mereka tercapai. Kita tidak akan memberi ruang kepada perkara itu,” katanya.

Image from: Reaksi keputusan Najib: Anthony Loke tawar letak jawatan Menteri Pengangkutan

Mengulas keputusan tahanan rumah Najib, Anthony berkata, DAP menghormati kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong sebagaimana diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan dan keputusan itu tidak boleh dipertikaikan.

Namun, Loke memaklumkan, DAP berpandangan keputusan berkenaan sukar diterima kerana negara tidak mempunyai peruntukan undang-undang atau duluan membabitkan individu yang disabitkan atas kesalahan rasuah menjalani hukuman secara tahanan di rumah.

Beliau turut menegaskan, skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan isu kleptokrasi telah membelenggu negara sejak sedekad lalu serta menyebabkan kerugian berpuluh-puluh bilion ringgit.

Menurutnya, DAP akan terus berpegang kepada perjuangan menegakkan kebenaran dan memastikan pihak yang bertanggungjawab dikenakan hukuman setimpal.

Sumber: Facebook Anthony Loke Siew Fook

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved