Real Madrid raja bola sepak Eropah

Football
2 Jun 2024 • 8:41 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Real Madrid juara Liga Juara-Juara selepas menewaskan Borussia Dortmund, 2-0 di Stadium Wembley pada Ahad

GERGASI La Liga Sepanyol, Real Madrid merangkul kejuaraan Liga Juara-Juara kali ke-15 selepas menewaskan kelab Bundesliga Jerman, Borussia Dortmund, 2-0 dalam perlawanan akhir di Stadium Wembley pada Ahad.

Real Madrid hadir dengan reputasi pilihan berdepan tentangan sengit Borussia Dortmund sebelum dua gol penghujung separuh masa kedua sentuhan Dani Carvajal (m-74) diikuti Vinicius Junior (m-83) memisahkan kedua-dua pasukan.

Los Blancos kendalian Carlo Ancelotti tampil ke final dengan status pasukan pilihan kali terakhir menjulang kejuaraan tertinggi kelab Eropah itu pada musim 2021/22, setelah menewaskan Liverpool, 1-0 di Stadium Stade de France, Saint-Denis, Perancis.

Real Madrid mara ke final selepas menyingkirkan penyandang juara Manchester City, menerusi penentuan sepakan penalti 4-3 setelah terikat 4-4 di suku akhir sebelum mengesahkan slot final dengan menang 4-3 ke atas jagoan Bundesliga Jerman, Bayern Munich.

Sementara itu, Die Borussen dikuasakan Edin Terzic pula mengintai kejuaraan kedua selepas kali terakhir melakukan pada musim 1996/97 setelah menumbangkan gergasi Serie A, Juventus, 3-1 dalam perlawanan akhir di Olympiastadion, Munich, Jerman.

Borussia Dortmund jajaran ke perlawanan akhir menewaskan Atletico Madrid, 5-4 (suku akhir), Paris Saint-Germain (PSG), 2-0 (separuh akhir).

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved