Realiti politik dalam bayang manipulasi AI

PoliticsTechnology
14 Sep 2026 • 10:30 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Realiti politik dalam bayang manipulasi AI
AI kini bukan sekadar teknologi yang memudahkan kehidupan malah berpotensi menjadi alat baharu untuk mempengaruhi persepsi politik. - Gambra hiasan

KECERDASAN buatan (AI) kini bukan sekadar teknologi yang memudahkan kehidupan malah berpotensi menjadi alat baharu untuk mempengaruhi persepsi politik.

Pendedahan kewujudan kira-kira 1,000 akaun palsu menunjukkan manipulasi digital boleh dilakukan dalam skala yang sukar dipandang ringan.

Lebih membimbangkan, kandungan palsu tidak semestinya mudah dikesan apabila maklumat benar dicampurkan dengan cerita separuh benar.

Pada Jumaat, Sinar Harian melaporkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang meneliti laporan Anthropic mengenai penyalahgunaan model AI Claude bagi operasi siber dan kempen mempengaruhi persepsi awam.

Laporan bertajuk 'Detecting and Countering Misuse of AI: September 2026' itu turut membangkitkan dakwaan operasi manipulasi pilihan raya yang menyasarkan Malaysia.

Antara dakwaan yang dibangkitkan dalam laporan tersebut ialah operasi manipulasi pilihan raya yang didakwa menyasarkan Malaysia dan dikaitkan dengan sebuah syarikat teknologi dari Turkiye, BBS Bilisim Teknolojileri.

Perkembangan itu wajar diberi perhatian kerana manipulasi persepsi boleh berlaku sebelum rakyat mengetahui siapa sebenarnya di sebalik sesuatu kandungan.

Namun, usaha membendungnya tidak boleh menjadikan setiap kritikan terhadap parti atau pemimpin sebagai serangan terancang.

Hakikat bahawa UMNO sendiri mengakui tidak semua komen negatif datang daripada bot menunjukkan perbezaan itu perlu dibuat dengan jelas.

Lebih penting, tindakan penguatkuasaan mesti berdasarkan bukti dan tidak memilih pihak kerana undang-undang yang dilihat mempunyai dua ukuran hanya akan menjejaskan kepercayaan rakyat.

Jika teknologi mampu mencipta suara palsu dan membentuk persepsi, cabaran sebenar Malaysia ialah memastikan rakyat tidak membuat keputusan politik berdasarkan realiti yang telah direka.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved