Siri HP EliteBook X G2i Juga Diperkenalkan Untuk Pasaran Tempatan – Harga Bermula RM6999

LocalTechnology
12 Jun 2026 • 6:09 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

HP Malaysia telah mengesahkan bahawa satu lagi siri komputer riba yang diperkenalkan sewaktu acara CES 2026 pada awal tahun ini, iaitu HP EliteBook X G2i akan memasuki pasaran tempatan kelak dengan dua penawaran model, satu dalam rekaan komputer riba klasik, dan satu lagi dengan paparan yang boleh dipusing 360 darjah untuk digunakan sebagai sebuah tablet.

Image from: Siri HP EliteBook X G2i Juga Diperkenalkan Untuk Pasaran Tempatan – Harga Bermula RM6999

HP EliteBook X G2i hadir dalam dua pilihan model berbeza, satu dengan rekaan komputer riba tradisional, dan satu lagi hadir dengan engsel yang membolehkan paparan dipusing 360 darjah yang dinamakan HP EliteBook X Flip G2i. Model G2i biasa hadir dengan paparan skrin OLED Tandem dengan fungsi sesentuh pada resolusi 2880×1800 dengan kadar segar semula 120Hz, manakala model EliteBook X G2i Spin pula hadir dengan paparan IPS sesentuh 14 inci dengan resolusi 1920×1200.

Image from: Siri HP EliteBook X G2i Juga Diperkenalkan Untuk Pasaran Tempatan – Harga Bermula RM6999

Kedua-dua model komputer riba ini akan dikuasakan oleh cip pemprosesan Intel Core Ultra 5 dan Core Ultra 7 Series 3 “Panther Lake” yang terbaru dengan pilihan memori LPDDR5X sehingga 64GB dan storan SSD PCIe 5.0 sehingga 2TB.

Image from: Siri HP EliteBook X G2i Juga Diperkenalkan Untuk Pasaran Tempatan – Harga Bermula RM6999

Dari segi penawaran palam, siri komputer riba ini hadir dengan dua palam Thunderbolt 4, satu palam USB 3.2 Type-C, satu palam USB 3.2 Type-A dan satu palam HDMI 2.1 dan satu palam audio 3.5mm yang mencukupi untuk pelbagai jenis penggunaan.

Image from: Siri HP EliteBook X G2i Juga Diperkenalkan Untuk Pasaran Tempatan – Harga Bermula RM6999

Satu lagi kelebihan kepada siri komputer riba ini ialah ia sangat ringan sekali, dengan berat menghampiri 1kg sahaja. Digabungkan dengan saiz rangka komputer yang sudahpun kecil dan ringan, ini menjadikan komputer riba HP EliteBook X G2i sebuah komputer riba padat yang bukan sahaja berkuasa, tetapi boleh dibawa kemana-mana.

Image from: Siri HP EliteBook X G2i Juga Diperkenalkan Untuk Pasaran Tempatan – Harga Bermula RM6999

HP Malaysia telah mengatakan bahawa siri komputer riba ini akan tiba di pasaran tempatan tidak lama lagi, dengan memperlihatkan penawaran tanda harga secara awal seperti berikut:

  • HP EliteBook X Flip G2i – Bermula dari RM6999
  • HP EliteBook X G2i – Bermula dari RM10,000.

Melihat kepada laman web HP Malaysia, penawaran model komputer riba EliteBook X G2a dan G2q yang dikuasakan oleh pilihan cip pemprosesan AMD dan Qualcomm juga mungkin akan tiba ke pasaran tempatan, tetapi buat masa ini ia tidak diketahui lagi bilakah komputer-komputer riba ini akan diperlihatkan.