Realme Brand Store 3.0 Akan Dibuka Di Empat Buah Lokasi Pada Bulan Ini

TechnologyDigital
26 Jul 2023 • 6:44 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Realme merupakan salah satu jenama yang tidak asing lagi untuk pengguna tempatan. Selain beberapa kedai fizikal yang terdapat di seluruh negara, kini Realme turut mengumumkan perancangan untuk hadir dengan kedai fizikal premium atau dinamakan Realme Brand Store 3.0.

Kedai fizikal Realme Brand Store 3.0 ini akan dibuka di 4 buah lokasi, dan mula beroperasi 29 Julai 2023 ini. Menurut Realme, kedai ini akan mempunyai konsep moden yang memberi pengalaman produk-produk Realme terbaik kepada pelanggan mereka. Kedai-kedai ini juga turut akan menjadi pusat khidmat bantuan pengguna-pengguna peranti realme.

image is not available

Realme Brand Store 3.0 akan dibuka di Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur; Sunway Pyramid, Selangor; Palm Mall, Negeri Seremban; dan Ipoh Parade, Perak. Sempena pembukaan kedai, Realme menawarkan diskaun membeli peranti-peranti mereka, menerima jaminan tambahan dan juga hadiah eksklusif.

Selepas empat kedai ini dibuka, kedai-kedai realme lain akan dinaik-taraf kepada Brand Store 3.0 secara berperingkat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved