Realme C51 telah dilancarkan secara rasmi dengan spesifikasi kelas asas. Ia menggunakan tubuh berkotak dan skrin hadapan rata yang sudah semestinya lebih memudahkan penggunaan. Selain turut dilengkapi panel belakang yang memuatkan sistem dwi-kamera utama.

Untuk spesifikasi khusus, peranti ini menggunakan skrin sebesar 6.7-inci IPS LCD HD+ dengan kadar segar semula 90Hz. Seterusnya cip Unisoc T612, memori 4GB RAM LPDDR4X dan storan dalaman 64GB disertakan sebagai tunjang utama peranti.
Turut disertakan adalah dwi-kamera utama 50MP + 2MP dan kamera swafoto 8MP. Kapasiti bateri pula sebesar 5,00mAh dengan sistem pengecasan 33W. Lain-lain spesifikasi termasuklah port USB-C, pengimbas cap jari sisi, bicu audio 3.5mm dan bluetooth 5.0.

Untuk makluman peranti ini juga didapati telah melepasi pengesahan SIRIM di Malaysia. Ini menandakan bahawa pelancarannya boleh berlangsung dalam masa terdekat, namun tiada tarikh khusus yang diketahui.
