X Mengaktifkan Ciri “Block” Baharu Yang Membolehkan Insan Dihalang Membaca Ciapan

TechnologyDigital
4 Nov 2024 • 4:12 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bulan lalu X mengatakan ciri “block” baharu akan diperkenalkan yang membolehkan insan yang telahpun dihalang membaca ciapan anda. Ciri yang tidak diminta ini menerima kritikan negatif kerana dikatakan memudahkan penguntit melakukan aktiviti mereka.

Hujung minggu lalu, X mengatakan ciri halangan baharu ini telah mula diberikan kepada sebilangan pengguna. Ciri diaktifkan secara berperingkat dengan kriteria pengaktifan masih samar. Setakat ini rata-ratanya daripada pengguna yang tinggal di Amerika Syarikat.

Tindakan X mengubah cara “block” berfungsi ini dilihat melanggar beberapa syarat aplikasi yang ditetapkan oleh Google dan Apple. Tetapi sehingga kini kedua-dua stor aplikasi masih belum menarik aplikasi daripada dimuat turun. Satu-satunya cara untuk mengelakkan ciapan dibaca ialah mengubah akaun menjadi peribadi. Jika anda tidak mahu ciapan dibaca akaun yang dihalang, ini sahaja langkah yang boleh diambil sekarang.