Realme GT5 Diacah – Rekaan Mirip Pixel 7, Dengan Lampu Seakan Nothing

TechnologyDigital
25 Aug 2023 • 7:31 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Realme GT3 adalah peranti mercu realme yang dilancarkan pada di acara MWC Barcelona 2023. Ia adalah peranti realme terbaik pernah saya gunakan, cuma sayang sekali tidak dilancarkan di Malaysia secara rasmi. Terbaru realme China akan melancarkan GT5 pula iaitu pengganti kepada GT3.

image is not available

Hari ini realme mengacah GT5 secara rasmi dan ia kelihatan seperti Pixel 7 Pro cuma bahagian “palang” yang lebih besar dan mengekalkan lampu seakan Nothing pada GT3 cuma kini lebih besar. Kaca pada panel belakang ini dihasilkan oleh BYD Electronics. Realme menyatakan mereka menggunakan teknik pembuatan baharu di mana keseluruhan panel belakang adalah daripada sekeping kaca dan melengkung serta beralun.

image is not available

Bahagian palang turut kelihatan menggunakan konsep lutsinar menampakkan logo Snapdragon 8 Gen 2. Bahagian kamera kelihatan gabungan tiga sensor dengan sistem PDAF, OIS dan lensa f/1.8 24mm. GT5 turut akan menggunakan cip khas X7 untuk permua, menyokong pengecasan 240W pada bateri 5240mAh, dan skrin pula 1.5K 144Hz Pro-XDR.

Realme GT5 akan dilancarkan pada 28 Ogos minggu hadapan. Buat masa ini masih tidak pasti sama ada realme akan melancarkan ke peringkat global atau terhad di China sahaja. Sama-sama kita nantikan.