Ulasan Realme GT7 – Serba Boleh Dan Bateri Besar

TechnologyDigital
27 May 2025 • 5:33 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Realme GT7 telah dilancarkan hari ini. Realme menawarkan satu lagi pilihan menarik kepada pengguna. Saya telah menggunakan telefon ini selama lebih dua minggu, dan berikut adalah ulasan saya mengenai Realme GT7.


Spesifikasi Dan Penggunaan    

Realme GT7
Skrin6.78 FHD+ AMOLED, 120Hz
120Hz, HDR10+, Dolby Vision,
6000 nits (~450 ppi)
PemprosesMediatek Dimensity 9400e (4 nm)
Cip1×3.4 GHz Cortex-X4
3×2.85 GHz Cortex-X4
4×2.0 GHz Cortex-A720
Cip GrafikImmortalis-G720 MC12
RAM12GB RAM
Muatan Dalaman512GB
(tiada kad mikroSD)
Kamera Utama50 MP, (lebar), PDAF
50 MP, (telefoto)
8 MP (ultra-lebar)
Kamera Depan32 MP, f/2.5
1080p@30/60fps
BateriSi/C Li-Ion 7000 mAh
120W berwayar
7.5W berbalik
SIM/TelefoniDwi SIM Nano
NFCYa
Infra MerahYa
Kalis AirIP68/69
Sistem ImbasanImbasan cap jari
Imbasan wajah
Harga JualanRM2,599

Unit yang saya terima ialah IceSense Blue. Warna birunya memang cantik dengan corak kilauan pasir yang memberikan kesan unik apabila terkena cahaya. Panel belakang dan sisi pula hadir dengan tona lebih cerah lantas menjadikannya lebih segar dan ceria. Dari segi binaan, panel belakang dengan kemasan pusam berkilat memberikan rasa lembut dan selesa ketika dipegang seakan-akan fabrik baldu.

image is not available

Namun, seperti biasa dengan kemasan sebegini, ia agak licin menyebabkan beberapa kali hampir tergelincir dari genggaman saya. Akhirnya, saya memasang kerangka pelindung kerana saya tidak mahu mengambil risiko menjatuhkan peranti ini. Cuma, kerangka pelindungnya berwarna hitam, yang semestinya menutup keseluruhan kemasan biru tadi.

Realme GT7 menawarkan keseimbangan yang baik antara gaya dan fungsi harian. Modul kamera di bahagian belakang direka dengan teliti bagi memastikan peranti kekal stabil apabila diletakkan di atas permukaan rata. Dalam bahasa mudahnya, tidak terhuyung-hayang seperti sesetengah telefon lain.

image is not available

Dari segi saiz, modul kamera ini agak besar dengan sisi serong yang mungkin tidak digemari oleh semua pengguna. Selain itu, kawasan sekitar modul kamera dihiasi dengan garisan merah pekat. Ia bukan sekadar hiasan, tetapi juga menonjolkan identiti reka bentuk peranti dengan lebih jelas.

Pada pandangan saya, Realme GT7 sangat selesa digunakan. Dengan reka bentuk tepi yang rata dan sudut melengkung, peranti ini memberikan cengkaman yang stabil serta selesa di tangan. Ia mudah dipegang, menjadikannya sesuai untuk penggunaan dalam tempoh yang panjang. Dari segi penyimpanan dalam poket, ia bergantung pada jenis fabrik pakaian. Ada kalanya, peranti mungkin tersembul keluar, terutamanya jika fabriknya lembut atau terlalu nipis.

image is not available

Teknologi HyperImage+ dalam sistem kamera digunakan untuk meningkatkan prestasi fotografi, memberikan hasil gambar yang lebih baik. Teknologi ini bukan perkara baharu, kerana telah digunakan dalam beberapa model Realme sebelum ini. Selain itu, teknologi IceSense Graphene membantu menguruskan haba bagi memastikan peranti kekal sejuk dan stabil terutamanya semasa menjalankan tugas berat.

Dengan adanya teknologi ini, ia membantu mengurangkan risiko pemanasan berlebihan, memastikan peranti dapat beroperasi dengan lancar tanpa gangguan prestasi akibat suhu yang terlalu tinggi. Menurut Realme, teknologi ini sebenarnya menyerupai konsep teknologi bateri silikon. Namun, berbeza daripada pendekatan biasa yang menggunakannya secara dalaman, mereka membawa kelainan dengan menerapkannya ke bahagian luar.

image is not available

Susun atur butang pada GT7 masih mengekalkan ciri biasa dalam peranti Realme seperti Realme 14. Butang kuasa dan laras audio ditempatkan di bahagian kanan, memudahkan capaian ketika penggunaan. Butang kuasa juga diberi kemasan merah bagi memberikan sentuhan eksklusif pada reka bentuk peranti.

Bahagian sisi kiri peranti tidak mempunyai sebarang butang atau slot tambahan. Di bahagian atas, terdapat sensor infra merah serta lubang mikrofon untuk pelbagai kegunaan. Peranti ini juga menyokong sistem pembesar suara stereo dengan salah satu pembesar suara terletak di bahagian bawah bersebelahan dengan port USB-C dan slot SIM.

image is not available

Realme GT7 dilengkapi dengan paparan LTPO AMOLED 6.78 inci yang menyokong kadar segar semula 120Hz untuk memberikan pengalaman visual yang responsif. Paparan ini mampu mencapai 6000nits dalam penggunaan biasa, dan boleh meningkat sehingga 6500 nits dalam situasi tertentu. Bagaimanapun tahap kecerahan tinggi ini boleh memberi kesan kepada jangka hayat bateri, terutama apabila digunakan dalam tempoh yang lama.

image is not available

Skrin Realme GT7 menawarkan warna yang bermaya dan terang sesuai untuk tontonan video serta penggunaan harian. Saya juga sempat menonton siri kegemaran saya di skrin ini, dan hasilnya cukup memuaskan. Dari segi kualiti warna, paparan ini memberikan warna yang lebih tepu terutamanya dalam kandungan seperti Netflix dan filem yang menyokong Dolby Vision serta HDR10+.

Lebih menarik, Realme GT7 juga berfungsi dengan baik di luar kerana paparannya mudah dibaca walaupun di bawah cahaya terang atau sinaran matahari. Namun, ada kalanya pengguna mungkin menghadapi sedikit kesukaran untuk melihat paparan dengan sempurna dalam keadaan tertentu.

image is not available

Walaupun paparan AMOLED pada Realme GT7 menawarkan visual yang baik dalam kelasnya, pembesar suara stereo masih boleh ditambah baik. Bunyi yang dihasilkan jelas dan memuaskan, namun pada kelantangan tertinggi, pemisahan audio kurang optimum dan terdapat sedikit kesan bunyi pecah.

Walau bagaimanapun, ia bukanlah masalah besar kerana pengalaman audio secara keseluruhan masih berada dalam tahap yang boleh diterima, tanpa keperluan untuk memakai fon telinga bagi menikmati kandungan dengan selesa.Realme GT7 Pro hadir dengan sistem imbasan cap jari terbina di skrin, selain imbasan wajah sebagai pilihan tambahan.

Berdasarkan pengalaman saya, kedua-dua sistem ini menunjukkan prestasi yang sangat baik, dengan keupayaan membuka peranti dengan pantas dan lancar tanpa sebarang gangguan. Penarafan IP69 merupakan satu kelebihan menarik yang ditawarkan oleh Realme GT7.

image is not available

Dengan penarafan ini, peranti bukan sahaja boleh ditenggelamkan dalam air untuk tempoh tertentu, tetapi juga mampu menahan suhu tinggi dan tekanan air yang kuat. Selain itu, GT7 turut sesuai untuk fotografi bawah air, kerana ia dilengkapi dengan mod khusus Underwater Mode dalam tetapan kamera.


Perisian Dan Prestasi

Realme GT 7 menjalankan Realme UI 6.0 berasaskan Android 15 dengan animasi yang responsif dan lancar. Antaramuka yang ringkas dan mudah digunakan tanpa perlu penyesuaian tambahan, di mana sesuai untuk pengguna baharu serta mereka yang sudah biasa dengan Realme UI. Selain itu, sistem ini mengambil inspirasi daripada ColorOS 15 bagi memberikan pengalaman yang mesra pengguna serta selesa untuk penggunaan harian.

image is not available
AI Planner

image is not available
AI Planner

Salah satu ciri yang paling menarik ialah AI Planner. Bayangkan, tengah tengok jemputan mesyuarat di skrin, AI terus kesan butiran dan masukkan dalam kalendar tanpa perlu kita taip satu persatu. Kalau tengah cari tiket penerbangan, AI juga boleh terus susun itinerary dan bagi peringatan untuk daftar masuk. Lagi menarik, kalau kita ada kerja yang berkaitan dengan zon masa berbeza, AI boleh sesuaikan jadual supaya tak tersalah kira waktu. Nak gerak ke satu tempat? AI boleh tengok lokasi kita, kesesakan lalu lintas, dan cadangkan waktu pelepasan terbaik.

image is not available

image is not available

Next ada juga pengubahsuaian skrin kunci, yang kini hadir dengan kesan kedalaman baharu, variasi gaya jam, serta peralihan lancar antara skrin kunci dan Always-On Display (AOD). Selain itu, AI Smart Loop pula berguna dalam penggunaan harian yang memudahkan perkongsian kandungan dengan pantas ke platform yang disokong, mirip fungsi Honor MagicPortal.

Realme UI 6.0 juga memperkenalkan File Dock dan Recent File dalam Sidebar yang memudahkan akses kepada fail, walaupun saya jarang menggunakannya secara kerap. Sidebar juga kini menyokong AI Doodle dengan ciri AI Sketch to Image mirip dengan teknologi yang ditawarkan oleh Samsung pada telefon flagshipnya.

image is not available
AI Smart Loop

Di samping itu, AI Studio menawarkan pelbagai template menarik, termasuk janaan gambar profil AI, manakala AI Eraser 2.0, AI Ultra Clarity, dan Unblur berfungsi dengan baik dalam meningkatkan kualiti gambar. Realme GT7 turut hadir dengan ciri Live Alerts yang memberikan memberikan pengalaman notifikasi secara langsung, mirip dengan sistem notifikasi pada telefon Oppo.

AI Translator pun tak kurang hebat dengan pelbagai ciri pintar yang memudahkan komunikasi antara bahasa. Kalau tengah baca sesuatu dalam bahasa asing dan nak cepat faham, Screenshot Translation membolehkan pengguna tangkap skrin dan AI terus terjemah teks dalam gambar itu.

image is not available

Kemudian ada Simultaneous Interpretation, yang sangat berguna kalau kita tengah hadir ke acara atau perbualan langsung dalam bahasa asing. AI akan memberikan terjemahan secara langsung, jadi kita boleh faham dengan cepat tanpa perlu menunggu orang lain jelaskan.

Dan satu lagi yang menarik ialah Face-to-Face Translation sesuai bila berbual dengan seseorang yang bertutur dalam bahasa berbeza. AI akan bertindak sebagai jurubahasa digital, membantu kedua-dua pihak memahami satu sama lain dengan lebih mudah.

Walaupun Realme GT 7 nampaknya menawarkan pengalaman bersih dan mesra pengguna. Kehadiran beberapa aplikasi terpasang seperti Realme App Market, Music, ORoaming, dan Game Centers mungkin dianggap sebagai blotware oleh sesetengah pengguna terutama jika mereka tidak menggunakannya. Namun, hakikat bahawa Netflix dan Zen Space boleh dinyahpasang bagi memberi sedikit kelonggaran kepada pengguna untuk menguruskan aplikasi yang mereka inginkan.


Penanda Aras – Mediatek Dimensity 9400e

Realme GT7 dikuasakan oleh cip Mediatek Dimensity 9400e yang merupakan cip terkini dalam siri Dimensity 9400 dengan binaan 4nm. Cip ini menawarkan peningkatan prestasi lebih baik berbanding generasi sebelumnya, terutama dalam aspek kecekapan tenaga, kelajuan pemprosesan, dan pengendalian grafik.

image is not available

Unit yang diterima hadir dengan pilihan memori 12GB RAM LPDDR5X serta storan dalaman 512GB UFS 4.0 tanpa sokongan kad microSD. Selain itu, peranti ini turut menyokong RAM maya sebanyak 12GB. Ujian penanda aras turut dijalankan dengan membandingkan keputusan yang diperoleh, seperti yang disenaraikan di bawah.

AnTuTu 3D

CipSkor
Mediatek Dimensity 9400e2,131,975
Snapdragon 8 Elite2,341,598
Snapdragon 8 Elite for Galaxy1,946,864
Dimensity 94002,629,017
Apple A18 Pro1,720,751
Tensor G41,016,712

Geekbench 6

CipSatu TerasMulti Teras
Mediatek Dimensity 9400eTidak boleh dilakukanTidak boleh dilakukan
Snapdragon 8 Elite29188917
Snapdragon 8 Elite for Galaxy29579435
Dimensity 940026638959
Apple A18 Pro33598129
Tensor G419164644

Geekbench AI

CipSkor Ketepatan TunggalSkor Ketepatan SeparuhSkor Quantized
Mediatek Dimensity 9400e185018612629
Snapdragon 8 Elite251424783637
Snapdragon 8 Elite for Galaxy272727034580
Dimensity 9400172817402147
Apple A18 Pro397577446204
Tensor G4205820173129

3DMark Wildlife Extreme

CipSkor
Mediatek Dimensity 9400e5377
Snapdragon 8 EliteTidak boleh dilakukan
Snapdragon 8 Elite for Galaxy6135
Dimensity 94006251
Apple A18 Pro4560
Tensor G42567

Realme GT 7 memberikan kelajuan tinggi dan prestasi luar biasa dalam tugas harian. Dari segi animasi dan gerak isyarat, semuanya berjalan dengan lancar, tanpa sebarang kelewatan masa atau gangguan sistem, walaupun selepas lebih dua minggu penggunaan berat. Dengan beberapa aplikasi terpasang dan berjalan di latar belakang, peranti ini masih mengekalkan prestasi yang stabil tanpa menunjukkan tanda-tanda kegagalan sistem berfungsi.

Realme GT7 memberikan pengalaman permainan yang menyeronokkan, khususnya dalam Honor of Kings. Dengan tetapan grafik Maksimum dan kadar bingkai Ultra (60 FPS), permainan berjalan dengan lancar serta responsif. Jika grafik dinaikkan ke Ultra, permainan boleh mencapai 120 FPS, namun kadar bingkai tidak sentiasa stabil.

image is not available

Selepas beberapa minit permainan, sedikit lengah dan penurunan kadar bingkai mula dirasai, dengan kadar bingkai berubah antara 60 hingga 120 FPS. Walaupun ia tidak terlalu mengganggu, keadaan ini menunjukkan bahawa telefon ini tidak dapat mengekalkan kadar bingkai maksimum secara konsisten. Secara purata, kadar bingkai dalam satu perlawanan penuh HOK mencecah 115 FPS yang masih baik tetapi tidak mencapai 120 FPS secara berterusan.

Sementara itu, permua MLBB menyokong kadar bingkai maksimum 120FPS tetapi ada kalanya berlaku penurunan FPS bergantung kepada keadaan permainan. Tetapan grafik tertinggi yang boleh dipilih ialah High memberikan keseimbangan antara visual dan kelancaran permainan.

image is not available

Bagi Genshin Impact, permainan ini secara lalai dimainkan dalam tetapan High dengan 30FPS, yang bertujuan untuk memastikan keseimbangan antara visual berkualiti dan prestasi yang stabil. Namun, terdapat ujian yang menunjukkan bahawa Realme GT7 mampu mencapai 120FPS dalam Genshin Impact dengan beberapa penyesuaian.

Realme GT7 dilengkapi dengan GT Booster, yang berfungsi untuk meningkatkan prestasi permainan dengan lebih lancar. Telefon ini juga menyokong bypass charging yang sepatutnya bantu mengurangkan beban pada bateri semasa bermain serta mengawal suhu peranti. Walaupun teknologi ini membantu mengurangkan pemanasan, peranti masih terasa sedikit panas ketika permainan berat. Namun, suhu yang dialami masih dalam tahap terkawal dan tidak membimbangkan.

Ciri AI Suggestion dalam Realme GT7 memang direka untuk meramal peratusan permainan berdasarkan corak penggunaan dan prestasi peranti. Namun, berdasarkan pengalaman anda, nampaknya ketepatan ramalan ini masih belum mencapai tahap yang memuaskan. Saya berpendapat bahawa ia lebih kepada gimik, kerana tidak memberikan ramalan yang tepat. AI ini lebih berfungsi sebagai cadangan umum dan bukan analisis mendalam terhadap prestasi permainan sebenar.


Kamera Dan Kualiti

Realme GT 7 dilengkapi sistem kamera utama dengan tiga lensa iaitu utama 50MP, telefoto 50MP dan ultra lebar 8MP. Dengan teknologi HyperImage+, kamera ini mampu merakam sehingga 8K pada kadar bingkai 30 FPS untuk memberikan rakaman yang tajam dan terperinci. Sementara itu, kamera hadapan dilengkapi sensor sebesar 32MP.

image is not available

Realme GT7 menawarkan pelbagai fungsi kamera yang menarik! Aplikasi kameranya dilengkapi dengan mod seperti Street, Video, Photo, Portrait, dan More, memberikan pengguna fleksibiliti dalam menangkap gambar dan video. Selain itu, terdapat beberapa mod tambahan seperti AI Snap Mode, Underwater Mode, dan Film, yang membolehkan pengguna mengambil gambar dalam pelbagai situasi dengan hasil yang lebih baik.

Teknologi AI serta HDR terbina memastikan setiap tangkapan mempunyai imbangan cahaya yang baik dan kualiti gambar yang cukup jelas. Lensa kamera juga menyokong mod makro automatik, membolehkan pengguna mengambil gambar dekat dengan perincian yang lebih tajam tanpa perlu melakukan penyesuaian manual.

Saya boleh memilih Crisp untuk warna yang lebih neutral atau Vibrant untuk warna yang lebih terang. Dalam Street Mode, terdapat tab zoom automatik yang memudahkan kawalan semasa merakam gambar. Mod ini juga menyokong panjang fokus antara 16mm – 115mm untuk memberikan lebih kebebasan dalam komposisi gambar, serta membolehkan pengguna menangkap imej dengan perspektif yang lebih luas atau lebih dekat.

image is not available
Profil Warna Normal

image is not available
Profil Warna Crips

image is not available
Profil Warna Vibrant

Kualiti gambar secara keseluruhan adalah baik, dengan setiap mod mempunyai kelebihan dan kelemahan tersendiri bergantung pada situasi serta keperluan pengguna. Warna Vibrant direka untuk menyerlahkan warna dalam gambar, menjadikan warna seperti merah, kuning, dan biru lebih menonjol. Walaupun lebih terang, keseimbangan tetap dikekalkan agar hasilnya tidak kelihatan berlebihan. Profil warna ini sesuai untuk gambar dengan suasana ceria atau situasi yang memerlukan impak visual lebih menarik. Dengan kepekatan warna yang lebih tinggi, gambar kelihatan lebih hidup dan bersemangat.

image is not available

image is not available

image is not available

Kualiti gambar secara keseluruhan adalah baik dengan setiap mod mempunyai kelebihan dan kelemahan tersendiri bergantung pada situasi serta keperluan pengguna. warna vibrant direka untuk menyerlahkan warna dalam gambar, menjadikan warna seperti merah, kuning, dan biru lebih menonjol. Walaupun lebih terang, keseimbangan tetap dikekalkan agar hasilnya tidak kelihatan berlebihan. Profil warna ini sesuai untuk gambar dengan suasana ceria atau situasi yang memerlukan impak visual lebih menarik. Dengan kepekatan warna yang lebih tinggi, gambar kelihatan lebih hidup dan bersemangat.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Profil warna Crisp menawarkan ketajaman yang lebih tinggi bagi setiap warna dihasilkan berbanding mod Vibrant. Walaupun warna yang dipaparkan tidak begitu menyerlah, Crisp memastikan setiap tona warna kelihatan lebih tajam dan jelas. Sebagai contoh, tekstur pada permukaan kasar dalam imej akan tampak lebih nyata dan terperinci. Selain itu, garis tepi setiap subjek juga lebih tajam, menghasilkan visual yang lebih realistik dan berkualiti.

image is not available

image is not available
oplus_2162738

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Dalam mod zoom, kelemahan utama Realme GT7 ialah kehilangan ketajaman apabila gambar diperbesar. Apabila fungsi zoom digunakan, tahap ketajaman berkurang, manakala hingar pada imej meningkat, menjadikannya kurang jelas apabila diperhatikan dengan mata kasar.

image is not available

image is not available

image is not available

Hal ini tidak mengejutkan, kerana kamera ini hanya menyokong telefoto 3x, dan bukannya lensa periskop, yang biasanya mampu mengekalkan kejelasan ketika dizum lebih jauh. Selain itu, minimum fokus telefoto kini sekitar 60cm, berbanding model sebelumnya yang boleh menangkap perincian lebih dekat.

Apabila tangan bergegar atau subjek bergerak dengan pantas, fungsi zoom tidak dapat menangkap perincian dengan baik. Oleh itu, untuk memastikan gambar yang dihasilkan masih jelas, pengguna disarankan untuk memilih sudut yang lebih baik sebelum melakukan zoom.

image is not available

image is not available

Mod bokeh memberikan hasil yang baik, terutama dalam mengasingkan subjek daripada latar belakang dalam situasi tertentu. Walaupun pencahayaan belakang subjek terlalu terang, mod ini masih mampu mengekalkan kesan bokeh secara semula jadi tanpa mengganggu keseimbangan visual.

Selain itu, terdapat pelbagai pilihan penuras untuk meningkatkan estetika gambar, meskipun tidak semua penuras sesuai dengan kehendak pengguna. Yang menarik, proses pasca rakaman dalam mod foto dan potret tidak menjejaskan kelancaran penggunaan walaupun penuras tertentu digunakan.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Mod AI Landscape berfungsi untuk meningkatkan kepekatan warna dalam gambar, menghasilkan imej yang lebih hidup dan berwarna-warni. Namun, dalam sesetengah situasi, peningkatan saturation boleh menyebabkan gambar kelihatan terlalu tepu, menjadikan objek atau subjek nampak kurang semula jadi.

Mod ini sebenarnya bergantung kepada citarasa pengguna kerana ada yang menggemari warna yang lebih terang, manakala ada juga yang lebih menyukai hasil warna asli. Selain itu, perubahan kecil dapat diperhatikan pada warna kulit subjek manusia, terutama jika dibandingkan dengan gambar asal.

Dalam sesetengah keadaan, mod ini juga boleh menghasilkan kesan ‘dreamy’ yang menjadikan gambar kelihatan lebih estetik dan artistik.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Dalam mod video, terdapat beberapa ciri penting yang mempengaruhi hasil rakaman. Sebagai contoh, mod HDR menyokong resolusi sehingga 4K60FPS. Apabila diaktifkan, warna dalam video menjadi lebih terang dan dinamik, menghasilkan rakaman yang lebih menarik, terutamanya pada warna yang cerah. Sebaliknya, jika mod HDR dimatikan, warna video cenderung kelihatan lebih suram.

Dalam keadaan pencahayaan rendah, noise lebih mudah kelihatan, sedikit menjejaskan kualiti rakaman. Selain itu, terdapat juga mod Dolby Vision, yang menawarkan pengalaman rakaman dengan kualiti lebih baik dan sesuai bagi mereka yang ingin mendapatkan hasil video yang lebih profesional. Pilihan mod bergantung sepenuhnya kepada selera pengguna dan keadaan persekitaran.


Bateri Dan Pengecasan

Realme GT7 versi