Realme GT7 Pro Akan Menerima Sokongan Kemaskini 3+4 Tahun

TechnologyDigital
19 Nov 2024 • 8:13 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dengan pelancaran Realme GT7 Pro semalam, satu persoalan yang kami lihat ialah mengenai tempoh masa sokongan kemas kini untuk perisian. Pihak Realme mengesahkan bahawa GT7 Pro untuk pasaran global akan menerima sokongan tiga versi Android dan tampalan sekuriti selama empat tahun. Ini ialah selari dengan penawaran sokongan pada peranti mercu mereka sebelum ini.

image is not available

Sokongan kemas kini perisian Realme adalah lebih pendek berbanding pesaing pada ketika ini. Seperti sedia maklum hanya Samsung dan Google menawarkan sokongan 7+7 tahun pada peranti mercu mereka sejak hari ini yang setanding yang ditawarkan pada iPhone.

Ada yang merasakan sokongan perisian jangka panjang menjadikan peranti lebih berbaloi dimiliki kerana bertahan lebih lama. Ada juga mengatakan sokongan jangka panjang tidak penting kerana mereka kerap menukar peranti. Bagaimana pula dengan anda. Adakah sokongan kemas kini yang pendek membuatkan anda sedikit tawar hati?

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved