Apple Kini Menyenaraikan iPhone XS Max Dan iPhone 6s Plus Sebagai Produk Vintaj

TechnologyDigital
16 Nov 2024 • 8:46 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple sering melakukan kemaskini status produk mereka, terutamanya selepas sekitar lima tahun berhenti menjualnya dan menyenaraikan ia sebagai produk vintaj. Hal ini selari dengan penghentian jualan, sokongan, serta komponen baik-pulih untuknya yang tidak dikeluarkan lagi.

Terbaru, Apple kini menyenaraikan iPhone 6s Plus dan juga iPhone XS Max dibawah kategori vintaj di seluruh dunia. Sebelum ini, iPhone 6s Plus telah diperkenalkan pada September 2015 yang lepas, sementara iPhone XS Max pada September 2018.

Buat masa ini, model variasi kecil yang diperkenalkan sama, iaitu iPhone 6s dan juga iPhone XS tidak disenaraikan dibawah kategori sama – dan mungkin dilakukan dalam masa terdekat ini.

Bagi anda sendiri, adakah anda masih menggunakan kedua-dua model peranti ini pada hari ini?

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved