Realme Memperlihatkan Butang Khusus Untuk Kamera

TechnologyDigital
17 Sep 2024 • 11:06 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apakah trend hangat pada telefon Android tahun depan? Ramalan kami ialah butang khusus untuk mengawal kamera seperti peranti siri Sony Xperia dan iPhone 16. Kami katakan begini kerana iPhone mungkin lambat mengambil inspirasi daripada Android tetapi versi mereka kerap menjadi ikutan. Seperti kami laporkan minggu lalu, Oppo dan Nubia akan menawarkan butang seakan Camera Contol iPhone 16 pada peranti mereka.

image is not available

Hujung minggu lalu Realme telah berkongsi video menunjukkan prototaip awal butang kawalan kamera mereka sendiri pada sebuah peranti misteri. Video memaparkan Chase Xu, timbalan presiden Realme menunjukkan butang yang terletak pada sisi kanan peranti.

Butang ini memanjang dan sedikit terkeluar daripada bingkai sisi peranti. Seperti Camera Control ia bukan sekadar butang kamera yang digunakan pada Sony Xperia. Sebaliknya ia menyokong sentuhan dengan kawalan zum dilakukan dengan menggerakkan jari pada permukaan butang. Ini masih sekadar prototaip dan belum diketahui sama ada Realme akan menawarkannya pada sebuah telefon pintar sebenar di masa hadapan.