Realme telah melancarkan model baharu Neo7 Turbo di China. Telefon ini dilengkapi dengan bateri berkapasiti besar dan menyokong pengecasan pantas. Selain itu, ia menampilkan reka bentuk yang hampir sama dengan Realme GT7.

Realme Neo7 dilengkapi skrin AMOLED 6.8 inci 144Hz dengan kecerahan puncak 6500nits. Ia dipadankan dengan cip Mediatek Dimensity 9400e, serta pilihan memori sehingga 16GB RAM dan storan dalaman 512GB. Ia menjalankan Realme UI 6.0 berasakan Android 15 untuk kemaskini sistem terkini. Selain itu, ia turut dilengkapi dengan ciri Fluid Cloud 2.0 iaitu fungsi mirip Dynamic Island, serta beberapa ciri AI lain seperti kemampuan mengalih objek dalam foto dan meringkaskan teks serta audio.

Telefon ini dilengkapi dengan bateri 7,200 mAh dan menyokong pengecasan pantas 100W. Selain itu, ia turut menyokong Bypass Charging yang membolehkan penggunaan berterusan tanpa gangguan walaupun ketika dicas. Lain-lain spesifikasi termasuk kamera utama 50MP + 8MP di bahagian belakang, kamera swafoto 16MP dan kalis air IP66/68/69.
