
Dalam diam, Realme telah memperkenalkan Realme Note 80 di Malaysia sebagai pilihan baharu dalam segmen kelas asas. Peranti ini ditawarkan pada harga RM399 dan menjadikannya antara telefon yang sesuai untuk pengguna yang mahukan keseimbangan antara fungsi asas dengan nilai berpatutan. Bagi yang berminat, peranti boleh dibeli melalui kedai rasmi Realme serta pengedar sah di seluruh Malaysia.

Realme Note 80 hadir dengan skrin LCD 6.74 inci serta kadar segar semula 90Hz. Ia dijana oleh cip Unisoc T7250 bersama memori 4GB RAM dan storan dalaman 64GB manakala bateri berkapasiti besar 6300mAh menyokong pengecasan 15W. Bahagian kamera peranti ini dilengkapi dengan sensor belakang 8MP lebar serta swafoto 5MP yang menyokong pelbagai mod termasuk potret dan panorama. Realme Note 80 juga mampu merakam video sehingga 1080P/30FPS. Selain itu, peranti ini menjalankan realme UI berasaskan Android 15 dan hadir dengan ciri keselamatan seperti pengimbas cap jari serta pengecaman wajah.


