Razer Lancarkan Sarung Komputer Riba Dengan Pengecas Niwayar Terbina Pada Harga RM359

TechnologyDigital
27 Feb 2026 • 11:33 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Komputer riba ialah peranti yang saya bawa kemana-mana sahaja kerana keperluan kerja. Bagi memastikan komputer riba terlindung daripada kerosakan, sarung dibeli dengan ia mempunyai pad. Hari ini Razer Laptop Sleeve 16″ telah dilancarkan dengan ia turut hadir dengan pengecas nirwayar terbina.

image is not available

Sarung boleh memuatkan komputer riba sehingga bersaiz 16″ dengan bahagian dalam mempunyai pelapik diperbuat daripada bahan fabrik gentian mikro dan bahagian luar pula daripada bahan sulaman polyester. Ia hanya ditawarkan dalam warna hitam pada waktu ini dengan logo Razer berwarna hijau.

Pengecas terbina mempunyai dua pad yang menyokong pengecasan Qi satu dengan kuasa 15W dan satu lagi 5Wsahaja. Tiada sokongan untuk MagSafe disertakan. Terdapat satu port USB-C yang membekalkan kuasa kepada pengecas. Turut disertakan ialah satu kabel USB-C sepanjang 500mm. Di Malaysia Razer Laptop Sleeve 16″ dengan pengecas niwayar terbina dijual pada harga RM359.