Realme P2 Pro Kini Rasmi – Skrin OLED 120Hz Dan Cip Snapdragon 7s Gen 2

TechnologyDigital
17 Sep 2024 • 12:54 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Realme melancarkan telefon siri P baharunya di India dengan pengenalan P2 Pro. Ia dilengkapi spesifikasi pertengahan dengan skrin OLED melengkung 120Hz, cip Snapdragon 7s Gen 2 dan kamera utama 50MP yang menggunakan sensor Sony LYT-600. Penawaran penuh peranti adalah seperti berikut.

image is not available

Realme P2 Pro dilengkapi skrin OLED FHD+ melengkung sebesar 6.7″lagi peranti dengan cip Snapdragon 7s Gen 2. Digandingkan dengan memori sehingga 12GB RAM (boleh diluaskan lagi dengan tambahan 12GB RAM) dan storan dalaman 512GB. Selain turut mempunyai sistem penyejukan 9 lapisan dengan ruang wap (VC) 4500mm² dan lapisan grafit tambahan 9953mm² untuk peralihan haba yang baik meskipun sewaktu penggunaan berat.

image is not available

Dwi-kamera utama digunakan terdiri dengan 50MP dengan sensor Sony LYT-600 yang mempunyai OIS. Diiringi juga dengan lensa ultra lebar 8MP dengan aperature f/2.2 untuk tangkapan landskap lebih baik. Terdapat juga ciri berasaskan AI disediakan yang bukan sahaja diyakini mampu meningkatkan pengalaman fotografi ke satu tahap lebih baik. Misalnya seperti AI Ultra Clarity, yang meningkatkan resolusi dan kejelasan dalam foto yang kabur. Kemudian AI Smart Removal yang membolehkan pengguna mengalih keluar objek yang tidak diingini daripada imej.

image is not available

image is not available

Kamera hadapan adalah sebesar 32MP untuk swafoto dan panggilan video. Bateri 52000mAh digunakan menyokong pengecasan pantas 80W SuperVOOC. Selain mempunyai kalis air IP65, sistem audio stereo Dolby Atmos, Wi-Fi 6, Bluetooth 5.2 dan GPS dwi-frekuensi dalam usaha memastikan sambungan yang pantas.