
Terdapat dua lagi model lain yang turut dilancarkan di Malaysia iaitu Realme P4 Lite dan Realme P4X. Kedua-duanya merupakan model yang lebih mampu milik berbanding Realme P4 Power dengan penekanan yang sama terhadap kapasiti bateri besar dan ketahanan penggunaan.

Realme P4 Lite dilengkapi skrin LCD 6.8″ HD+ dengan kadar segar semula 120Hz serta kecerahan puncak 900 nits. Ia dipadankan dengan cip Unisoc T7250 bersama pilihan memori 4GB RAM LPDDR4X dan storan dalaman 64GB eMMC5.1.
Seterusnya, ia menjalankan realme UI berasaskan Android 16, di samping menawarkan bateri 7000mAh dengan sokongan pengecasan 15W. Tetapan kamera terdiri daripada kamera sudut lebar 8MP dan kamera swafoto 5MP. Selain itu, spesifikasi lain termasuk pengimbas cap jari, imbasan wajah, Bluetooth 5.2 serta sokongan bicu audio 3.5mm.

Realme P4X berkongsi sebahagian besar spesifikasi dengan model Lite. Ia hadir dengan skrin 6.8″ LCD HD+ 120Hz, cip Unisoc T7250 serta memori 8GB LPDDR4X bersama storan dalaman 256GB eMMC5.1. Perbezaan utama terletak pada konfigurasi kamera dengan sensor 50MP bersama swafoto sebesar 5MP.
Selain itu, ia dilengkapi dengan bateri lebih besar 8,000mAh yang menyokong 45W SUPERVOOC sekali gus memberi kelebihan dari segi ketahanan dan pengecasan pantas. Selain itu, spesifikasi lain termasuk pengimbas cap jari, imbasan wajah, Bluetooth 5.2 serta bicu audio 3.5mm.


Di Malaysia, Realme P4 Lite dijual pada harga RM699 dengan promosi serendah RM449 untuk pembelian terhad sepanjang Superbrand Day sehingga 5 Jun 2026. Sementara itu, Realme P4X pula dijual pada harga RM999 dengan harga promosi RM679 bagi tempoh pembelian yang sama.




