Realme Pad 2 Dengan Skrin 2K 120Hz Bakal Tiba Tidak Lama Lagi

TechnologyDigital
17 Jul 2023 • 11:20 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Lambakan maklumat yang tertiris bukan sahaja mengesahkan kewujudan sesuatu produk. Malahan lebih kepada petanda pelancaran rasmi juga semakin hampir. Misalnya seperti tablet baharu Realme Pad 2 yang kini semakin mencuri perhatian ramai pihak.

Antara perkongsian paling terkini adalah tablet ini bakal dilancarkan pada 19 Julai akan datang, yang mana seiring dengan pengenalan untuk Realme C53 baharu. Bukan itu sahaja tablet juga akan dilengkapi skrin hadapan 11.5″ lebih besar berbanding 10.4″ yang digunakan pada Realme Pad sebelum ini.

Dalam pada itu, skrin juga menyokong resolusi 2K dan kadar segar semula 120Hz bagi tujuan pengalaman lebih menyeronokkan. Tablet juga dilengkapi kamera utama tunggal di belakang, di samping turut menawarkan reka bentuk dwi-tona (dual tone) bagi mewujudkan sentuhan lebih unik.

image is not available

Ia boleh didapati dalam dua pilihan warna seperti hijau dan hitam. Tetapi belum ada maklumat mengenai perkakasan dalaman didedahkan buat masa ini.