Sebuah Lagi Peranti Oppo Di Bawah Siri A Melepasi Laman SIRIM

TechnologyDigital
19 Jun 2023 • 4:23 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tiada sebarang perkongsian didedahkan oleh Oppo mengenai kehadiran sebarang peranti baharu dalam masa terdekat ini. Namun semakan kami di laman rasmi SIRIM Malaysia mendapati terdapatnya sebuah peranti di bawah siri A yang disenaraikan.

image is not available

Peranti tersebut dikenali sebagai Oppo A78 yang didaftarkan dengan kod nama CPH2565 oleh Jie Business Sdn Bhd sejak 16 Jun yang lepas. Ia juga dijangka menjadi model kesinambungan untuk Oppo A78 5G, namun dipercayai menjadi sebuah peranti kelas pertengahan yang sekadar menyokong rangkaian 4G LTE sahaja.

image is not available

Namun persoalan mula timbul mengenai spesifikasi dalaman secara khusus memandangkan tiada maklumat mengenainya yang diketahui buat masa ini. Justeru, apa agaknya yang boleh kita jangkakan? Sudah semestinya peranti akan dijana dengan cip pemprosesan berbeza, dalam masa sama akan terdapat juga beberapa bahagian yang mungkin diubah, misalnya seperti skrin atau kapasiti bateri.