Rebut segera diskaun 22% Huawei Watch GT 3 SE sebelum 11.11

Digital
9 Nov 2022 • 11:03 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Salah satu peranti yang dilancarkan oleh Huawei Malaysia minggu lepas adalah jam pintar Huawei Watch GT 3 SE. Dengan rekaan persis jam profesional serta pelbagai fungsi pintar, ia dijual di Malaysia pada harga RM899 sahaja.

Sebagai promosi tempahan awal, Huawei menawarkan diskaun RM200 atau kira-kira 22% bagi pembelian Huawei Watch GT 3 SE menjadi RM699. Bagaimanapun, ia perlu dibeli antara 3 hingga 11 November 2022 sahaja. Ini juga menjadikannya sebahagian dari Jualan Mega 11.11.

image is not available

Tawaran tempahan awal ini boleh didapati di Stor Online Huawei Malaysia serta kedai fizikal Huawei Experience.

Spesifikasi Huawei Watch GT 3 SE

Huawei menggabungkan rekaan berfesyen dan fungsi pintar ke dalam badan Watch GT 3 SE yang sangat ringan. Ia juga disasarkan untuk penggemar aktviti kecergasan.

image is not available

Muka jam ini dihiasi dengan skrin AMOLED 1.43-inci dengan resolusi setinggi 326 PPI, memberikannya paparan yang sangat jelas dan terang. Ketahanan skrin ini dipertingkat dengan penggunaan kaca Corning Gorilla di atasnya. Bingkai jam pula diperbuat daripada gentian polimer yang kukuh.

Dengan bahan yang ringan dan teguh ini, berat Huawei Watch GT 3 SE hanyalah 35.6 gram (tanpa tali) dan setebal 11mm. Huawei menyediakan dua pilihan warna, antara hitamm dan hijau. Tetapi pengguna memiliki ribuan pilihan untuk muka jam diubahsuai mengikut kegemaran.

image is not available

Hayat bateri juga sangat panjang, sehingga 2 minggu untuk penggunaan biasa. Ia menyokong pengecasan pantas dan boleh dicas secara wayarles, termasuk di belakang telefon yang boleh mengecas wayarles terbalik.

Penggemar aktiviti kecergasan tidak perlu risau dengan ketahanan jam ini, ia memenuhi standard ISO 22810:2010 dan boleh masuk ke dalam air sehingga 5ATM. Fungsi penjejakan lokasi menyokong lima sistem satelit iaitu GPS, BeiDou, GLONASS, Galileo dan QZSS. Lebih 100 jenis sukan disokong untuk pemantauan pelbagai data dan statistik.

image is not available

Pengguna juga boleh mendapatkan maklumat kesihatan ringkas menerusi fungsi pengesan denyutan nadi TruSeen 5.0, penjejak tidur TruSleep 3.0 dan pemantau kesihatan Tru-series. Semua maklumat ini boleh dipelajari lebih teliti menerusi aplikasi Huawei Health di telefon pintar. Ia serasi dihubungkan dengan pelbagai peranti Android dan iOS.

Bacaan Berkaitan: