Reddit Akan Menguji Ciri Carian AI Dengan Hasil Yang Dirumuskan Dan Cadangan Kandungan

TechnologyDigital
7 Aug 2024 • 10:54 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Reddit bekerjasama dengan Google dan OpenAI untuk pembangunan teknologi kecerdasan buatan. Misalnya melesenkan data kepada Google untuk melatih AI dan kandungan akan diintegrasikan ke dalam ChatGPT. Terbaru, TechCrunch melaporkan yang Reddit akan menguji ciri carian dengan AI pada sekitar hujung tahun ini.

image is not available

Carian AI ini akan menyertakan hasil carian yang telah dirumuskan serta turut akan mencadangkan kandungan kepada pengguna. Ia juga akan membolehkan pengguna menerokai pelbagai komuniti dan kandungan yang mungkin sukar dicari dengan kaedah carian biasa. Ciri carian baharu ini akan menggunakan teknologi sendiri dan juga dari pihak ketiga.

Reddit turut dilaporkan menguji ciri penterjemahan kandungan ke bahasa asing untuk mempromosikan platform mereka ke peringkat global. Buat masa ini masih tidak pasti bila ciri AI generatif akan diintegrasikan ke dalam Reddit secara menyeluruh.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved