Google Lens Kini Menyokong Carian Menggunakan Suara

TechnologyDigital
6 Aug 2024 • 2:04 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kemas kini terbaru pada Google Lens kini membolehkan pengguna untuk membuat rakaman suara bagi melakukan carian imej dengan memberikan pernyataan yang merujuk kepada konteks penting sesuatu carian. Menerusi ciri ini, pengguna boleh menangkap imej menggunakan aplikasi Google Lens dan kemudiannya menyediakan konteks tambahan menerusi input suara.

image is not available

Melalui gabungan maklumat visual dan input suara ini sekaligus membolehkan Google Lens untuk memberikan hasil carian yang lebih tepat. Selain itu, ciri ini juga dilihat memenuhi keperluan pengguna OKU seperti cacat penglihatan atau buat mereka yang lebih selesa memberikan arahan suara.

Ikuti langkah di bawah untuk menggunakan Google Lens dengan carian suara:

  1. Buka aplikasi Google Lens pada telefon pintar.
  2. Halakan kamera pada objek atau teks yang ingin dikenal pasti.
  3. Tekan butang tangkapan dan tahan, gambar dan ciri carian suara akan diaktifkan secara automatik.
  4. Sebutkan konteks penting atau pertanyaan yang jelas tentang imej yang diambil. Contohnya. “Apakah tumbuhan ini?”.
  5. Google Lens akan memproses imej dan pertanyaan suara kemudian memberikan maklumat yang berkaitan.

Secara keseluruhannya, kemas kini Google Lens dengan gabungan carian suara dan imej ini menyerlahkan lagi kemajuan dalam teknologi carian visual serta memudahkan lagi fungsi sistem carian yang tersedia.