Laman media sosial Reddit hari ini melancarkan Reddit Answers yang menjawab soalan yang ditanya menggunakan kandungan yang ditulis pengguna lain. Kandungan laman yang mengandungi pelbagai jawapan yang dimuat naik sejak sekian lama akan dirumuskan oleh kecerdasan buatan (AI) bagi merungkai persoalan yang ditanya oleh pengguna Reddit Answers.

Jawapan bukan sahaja akan memberikan ringkasan tetapi juga pautan kepada bebenang asal soalan yang ditanya dengan akses pantas kepada subreddit yang berkaitan. Dengan ini pengguna boleh memastikan jawapan yang diterima adalah benar-benar tepat dan bukan sekadar jenaka.
Sebelum ini Google AI Overviews menggunakan kandungan Reddit bagi menjawab soalan yang ditanya pengguna Google Search. Tetapi jawapan yang diberikan adalah salah dan dalam situasi tertentu adalah berbahaya kerana AI Overviews tidak tahun membezakan jawapan sebenar dengan jawapan yang diberikan sebagai jenaka.
Reddit Answers pada ketika ini hanya diberikan kepada pengguna di Amerika Syarikat dan menjawab soalan dalam Bahasa Inggeris sahaja.



