Astro One Adalah Pelan Langganan Lebih Fleksibel Dengan Harga Bermula RM49.99 Sebulan

TechnologyDigital
9 Dec 2024 • 4:32 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Astro hari ini telah melancarkan pelan langganan baharu yang dinamakan sebagai Astro One. Pelan ini dikatakan ingin memudahkan para pengguna menikmati pelbagai kandungan secara lebih ringkas dan lebih fleksibel. Setiap pelan kini boleh diubahsuai dengan mudah seperti menambah akses saluran tambahan atau melanggan platform penstriman pihak ketiga.

image is not available

Tiga pelan baharu ini adalah Entertainment Pack, Sports Pack, dan Epic Pack. Setiap pelan ini membenarkan pengguna menambah 11 pilihan platform penstriman serta beberapa pek saluran tambahan. Bukan itu sahaja, pelan Astro One ini turut membenarkan pengguna menyertakan sekali langganan pelan jalur lebar Astro Fibre, ciri Multiroom dan banyak lagi.

image is not available

Pek Hiburan – RM49.99

  • Akses kepada kandungan Astro Signatures (Gegar Vaganza), Astro Originals (Project: Exit), dan pelbagai kandungan kanak-kanak, Korea, Cina, India dan antarabangsa.
  • 97 saluran
  • Akses kepada Astro GO HD untuk 2 skrin.

image is not available

Pek Sukan – RM99.99

  • Akses kepada sukan siaran langsung seperti Premier League, BWF, Liga Malaysia, Sepak Takraw League, Formula 1, MotoGP, NBA, dan banyak lagi.
  • 97 saluran
  • 14 saluran sukan
  • 4 saluran sukan tambahan
  • 6 saluran kandungan India
  • Akses kepada Astro GO HD untuk 2 skrin.
  • Akses kepada beIN SPORTS CONNECT HD untuk 2 skrin.

image is not available

Pek Epik – RM199.99

  • Pek langganan semua dalam satu untuk penggemar filem dan yang kerap maratonton drama bersiri.
  • 97 saluran
  • 6 saluran kandungan India
  • 13 saluran berita dan dokumentari
  • 8 saluran hiburan tambahan
  • 6 saluran kandungan kanak-kanak
  • 4 saluran sukan tambahan
  • 14 saluran sukan
  • Akses kepada 4 saluran Max (HBO HD, Cinemax HD, HBO Family dan HBO Hits)
  • Akses kepada Netflix Standard (HD, 2 skrin)
  • Akses kepada Disney+ Hotstar Basic (HD, 1 skrin)

image is not available

Dengan Astro One, 11 langganan platform penstriman yang boleh disertakan sekali adalah Netflix, Disney+ Hotstar, Viu, Max, iQIYI, WeTV, Simply South, ZEE5, Qalbox oleh Muslim Pro dan lain-lain seperti BBC Player. Harga yang ditawarkan adalah bermula dari RM8.40 sebulan.

Untuk pelan jalur lebar, Astro menawarkan langganan Astro Fibre 100Mbps, 500Mbps atau 800Mbps. Untuk promosi pengenalan, pek Hiburan + Astro Fibre 500Mbps ditawarkan pada harga RM139.99 sebulan berbanding RM238.99.

image is not available

Pelan langganan Astro One kini sedia dilanggan oleh semua, sama ada melalui web atau aplikasi My Astro. Pelanggan sedia ada turut boleh bertukar kepada pelan baharu ini dengan mudah. Kotak TV Astro Ultra Box dan Ulti Box turut sedia digunakan bersama pelan baharu ini.

Perlu diingatkan, pelan Astro One ini mempunyai kontrak selama 24 bulan (2 tahun). Beza utama dengan pelan sebelumnya adalah, langganan platform penstriman pihak ketiga tidak lagi terikat dengan kontrak pelan Astro.