
Xiaomi 17T Pro dan 17T dilancarkan secara rasmi di Malaysia malam ini dengan ia sekali lagi menawarkan spesifikasi kelas mercu, dan sistem kamera Leica tetapi pada harga yang mampu milik buat pengguna.

Kita mulakan dengan Xiaomi 17T Pro yang merupakan model lebih mercu ditawarkan dengan skrin 6.83″ AMOLED, 144Hz dengan sokongan Dolby Vision, dijana cip Dimensity 9500, memori 12GB RAM LPDDR5X, storan sehingga 1TB UFS 4.1 dan bateri 7000 mAh. Bateri boleh dicas secara berwayar 100W atau nirwayar secara 50W.

Kamera utama terdiri daripada lensa sudut lebar 50MP f/1.7, lensa ultra lebar 12MP f/2.2 dan lensa telefoto 3X 50MP f/3.0. Lensa Leica digunakan bersama dengan beberapa penapis khas dalam aplikasi kamera. Sementara itu di depan ia dilengkapi sensor 32MP.

Xiaomi 17T pula ditawarkan dengan skrin 6.59″ AMOLED, 120Hz dengan sokongan Dolby Vision, dijana cip Dimensity 8500 Ultra, memori 12GB RAM LPDDR5X, storan sehingga 512GB UFS 4.1 dan bateri 6500 mAh dengan pengecasan berwayar 67W sahaja.

Kamera utama terdiri daripada lensa sudut lebar 50MP f/1.7, lensa ultra lebar 12MP f/2.2 dan lensa telefoto 3X 50MP f/3.0. Lensa Leica digunakan bersama dengan beberapa penapis khas dalam aplikasi kamera. Sementara itu di depan ia dilengkapi sensor 32MP.
Kedua-dua peranti menggunakan sistem operasi HyperOS 3 berasaskan Android 16 yang hadir dengan pelbagai ciri AI seperti suntingan gambar, bantuan menaip, ringkasan teks, janaan video dan banyak lagi. Turut disertakan ialah Google Circle to Search dan Gemini. Terdapat speaker stereo, pemancar infra merah, dan juga kemampuan kalis air IP68
Pratempahan telahpun dibuka hingga 11 Jun 2026. Harga jualan adalah seperti di bawah. Xiaomi 17T Pro ditawarkan dalam warna Deep Violet, Deep Blue dan Black. Xiaomi 17T pula dalam warna Violet, Blue, Opal White dan Black.
- Xiaomi 17T Pro (12+ 256 GB) – RM2,899
- Xiaomi 17T Pro (12+ 512 GB) – RM3,199
- Xiaomi 17T Pro (12+ 1000 GB) – RM3,499
- Xiaomi 17T (12+ 256 GB) – RM2,399
- Xiaomi 17T (12+ 512 GB) – RM2,499
Antara barangan percuma yang ditawarkan jika Xiaomi 17T Pro dan Xiaomi 17T dipesan ialah sebuah Redmi Pad 2 9.7 (4GB+64GB), jaminan tambahan, perlindungan skrin, serta langganan YouTube Premium 3 bulan, Spotify Premium 4 bulan, dan Google AI Pro 3 bulan percuma. Tetapi tiada barangan percuma ditawarkan kepada pembeli Xiaomi 17T versi 256GB. Model lain hadir dengan

![Siapa Cakap Nak Shoot Video Gempak Perlu Banyak Gear? Pakai Phone Ni Dah Cukup [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/Xiaomi-BK-FINAL-FI-800x467.jpg?t=1780019300)




