Samsung Galaxy S23 Mungkin Dilancarkan Pada 1 Februari 2023

TechnologyDigital
23 Dec 2022 • 12:21 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Pada setiap awal tahun, salah satu peranti yang dinantikan ramai adalah siri Galaxy S daripada Samsung. Untuk tahun 2023 ini, Samsung bakal hadir dengan penawaran Samsung Galaxy S23.

Kini, mengikut beberapa perkongsian awal di internet, ia diperkatakan Samsung mungkin memperkenalkan telefon pintar terbaharu mereka itu pada 1 Februari 2023 kelak.

image is not available

Samsung seterusnya dijangka menjual telefon dibawah siri Galaxy S beberapa minggu selepas pengenalan rasminya itu.

Buat masa ini, ia masih tidak diketahui berkenaan ciri-ciri baharu yang bakal disertakan. Mengikut spekulasi awal, ia dijangka hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen 2, kamera 200MP, dan juga sokongan komunikasi satelit.