Redmi K90 Pro Max Dilengkapi Sistem Audio Bose

TechnologyDigital
19 Oct 2025 • 10:32 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Lebih sedekad yang lalu, HTC One X dilancarkan dengan sistem audio Beats by Dre. Pada waktu tersebut, peranti HTC mempunyai sistem speaker yang terbaik pada telefon pintar. Penjenamaan telefon pintar dengan syarikat audio kini semakin jarang didengari. Tetapi Redmi K90 Pro Max yang akan dilancarkan minggu depan akan dilengkapi sistem audio Bose.

image is not available

K90 Pro Max dilengkapi subwoofer yang diletakkan pada bonggol kamera dan dua speaker stereo di atas dan bawah peranti. Turut didedahkan ialah peranti akan dilengkapi cip Snapdragon 8 Elite Gen 5, dilengkapi tri-kamera dan akan ditawarkan dengan panel belakang diperbuat daripada kain jeans.

Peranti akan dilancarkan pada 23 Oktober depan dengan ia dipasarkan sebagai model mampu milik berbanding sir Xiaomi 17 yang lebih premium serta hadir dengan lensa kamera Leica.