Redmi Note 17 5G Rasmi Dengan Snapdragon 4 Gen 4 Dan Bateri 7700mAh

TechnologyDigital
27 Aug 2026 • 7:06 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Redmi Note 17 5G Rasmi Dengan Snapdragon 4 Gen 4 Dan Bateri 7700mAh

Redmi Note 17 5G turut diumumkan sebagai pelengkap kepada siri Pro Max dengan spesifikasi berbeza yang menyasarkan segmen pengguna tertentu.

Image from: Redmi Note 17 5G Rasmi Dengan Snapdragon 4 Gen 4 Dan Bateri 7700mAh

Redmi Note 17 5G hadir dengan skrin AMOLED FHD+ berukuran 6.99 inci bersama kadar segar semula 120Hz. Ini dipadankan dengan cip Snapdragon 4 Gen 4 bersama gabungan memori 8GB RAM serta storan sehingga 512GB. Sistem operasi HyperOS 3 melengkapkan pengalaman dengan sokongan fungsi kecerdasan buatan terbina seperti AI Creative Assistant, AI Eraser Pro, AI Sky, AI Image Expansion dan pelbagai lagi.

Image from: Redmi Note 17 5G Rasmi Dengan Snapdragon 4 Gen 4 Dan Bateri 7700mAh

Bahagian kamera dilengkapi sensor utama 50MP bersama kamera swafoto 16MP. Bateri pula sebesar 7,700mAh yang menyokong pengecasan pantas 45W serta pengecasan berbalik 22.5W. Melengkapkan lagi peranti ini ia sistem audio Hi-Res, pengimbas cap jari dalam skrin dan sokongan AI Face Unlock. Selain itu, varian 4G turut diumumkan dengan cip Snapdragon 6s Gen 2 manakala spesifikasi lain kekal sama seperti versi 5G.

Image from: Redmi Note 17 5G Rasmi Dengan Snapdragon 4 Gen 4 Dan Bateri 7700mAh

Pratempahan peranti ini sudah dibuka namun harga jualan rasmi hanya akan diumumkan pada 2 September 2026. Sementara menanti tarikh tersebut, pelanggan boleh membuat pratempahan dengan deposit RM100 untuk menikmati diskaun eksklusif RM300 serta hadiah percuma berupa REDMI Headphones Neo dan Xiaomi Smart Band 9 Active. Lebih istimewa, setiap pembelian turut disertakan perlindungan jaminan premium sehingga 5 tahun yang merangkumi:

  • Jaminan bateri selama 5 tahun.
  • Perlindungan skrin selama 3 tahun.
  • Perlindungan kerosakan cecair selama 2 tahun.
  • Jaminan panel belakang selama 2 tahun.
  • Jaminan kualiti selama 2 tahun.

Selain itu, pelanggan juga akan menerima faedah tambahan termasuk dua bulan langganan YouTube Premium dan enam bulan Google One dengan storan awanan 200GB.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved