Redmi Note 17 Pro 5G Turut Diumumkan – Cip Snapdragon 6s Gen 4 Dan Bateri 8340mAh

TechnologyDigital
27 Aug 2026 • 7:02 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Redmi Note 17 Pro 5G Turut Diumumkan – Cip Snapdragon 6s Gen 4 Dan Bateri 8340mAh

Selain model Pro Max, Redmi Note 17 Pro 5G turut diperkenalkan dengan sebahagian besar spesifikasi yang sama. Namun, ia hadir dengan perbezaan pada kapasiti bateri, sistem pengecasan dan cip pemproses.

Peranti ini menggunakan skrin AMOLED berukuran 6.83 inci dengan resolusi 1.5k, kecerahan puncak 3,500 nits serta kadar segar semula 120Hz. Skrin tersebut juga menerima pensijilan TÜV Rheinland bagi mod cahaya biru rendah dan bebas kerlipan. Tunjang utamanya dikuasai oleh cip Snapdragon 6s Gen 4, bersama pilihan memori 8GB RAM serta storan dalaman sehingga 512GB.

Image from: Redmi Note 17 Pro 5G Turut Diumumkan – Cip Snapdragon 6s Gen 4 Dan Bateri 8340mAh

Sistem kameranya terdiri daripada gabungan 50MP + 8MP, manakala kamera swafoto sebesar 16MP. Bateri sebesar 8,340mAh disediakan menyokong pengecasan pantas 67W serta pengecasan berbalik 22.5W. Antara ciri tambahan lain termasuk sistem audio stereo Dolby Atmos, sokongan Bluetooth 5.1 dan pengimbas cap jari dalam skrin.

Image from: Redmi Note 17 Pro 5G Turut Diumumkan – Cip Snapdragon 6s Gen 4 Dan Bateri 8340mAh

Pratempahan peranti ini sudah dibuka namun harga jualan rasmi hanya akan diumumkan pada 2 September 2026. Sementara menanti tarikh tersebut, pelanggan boleh membuat pratempahan dengan deposit RM100 untuk diskaun eksklusif RM300 serta hadiah percuma berupa REDMI Headphones Neo dan Xiaomi Smart Band 9 Active. Lebih istimewa, setiap pembelian turut disertakan perlindungan jaminan premium sehingga 5 tahun yang merangkumi:

  • Jaminan bateri selama 5 tahun.
  • Perlindungan skrin selama 3 tahun.
  • Perlindungan kerosakan cecair selama 2 tahun.
  • Jaminan panel belakang selama 2 tahun.
  • Jaminan kualiti selama 2 tahun.

Selain itu, pelanggan juga akan menerima faedah tambahan termasuk dua bulan langganan YouTube Premium dan enam bulan Google One dengan storan awanan 200GB.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved