Redmi Pad 2 dan Redmi Pad 2 4G dilancarkan secara rasmi hari ini dengan ia adalah peranti menyasarkan golongan yang mencari tablet kecil yang mampu milik. Tablet Android ini dilengkapi skrin 11″ IPS LCD 90Hz dengan resolusi 2.5K yang dipadankan dengan cip Helio G100 Ultra, memori sehingga 8GB RAM LPDDR4X, storan sehingga 256GB UFS 2.2 dan bateri sebesar 9000 mAh yang menyokong pengecasan 18W. Storan boleh ditambah sehingga 2TB menggunakan kad microSD.

Kamera terdiri daripada lensa sudut lebar 8MP di belakang dan kamera swafoto 5MP di hadapan. Peranti dilengkapi sistem audio Dolby Atmos dengan empat speaker, bicu audio dan menggunakan sistem operasi HyperOS 2.0. Turut disertakan ialah stylus Redmi Smart Pen untuk lakaran terus pada skrin. Jelas sekali ini ialah sebuah tablet mampu milik bagi mereka yang tidak mahu berbelanja lebih.

Di Malaysia harga jualan Readmi Pad 2 dan Redmi Pad 2 4G adalah seperti di bawah dengan jualan akan bermula esok 20 Jun 2025.
Peranti Harga Promosi Atas Talian Stor Fizikal Redmi Pad 2 4G
(4GB+128GB)RM699
PERCUMA
Redmi Pad 2 Cover + Xiaomi Smart Band 9 ActivePERCUMA
Redmi Pad 2 CoverRedmi Pad 2 4G
(8GB + 256GB)RM999 Redmi Pad 2
8GB + 256GBRM799 Redmi Pad 2
4GB+128GB*(Eksklusif Atas Talian)RM599 Harga Awal: RM559
PERCUMA
Redmi Pad 2 Cover + Xiaomi Smart Band 9 Active–




