RedPlanet raih pesanan RM7.09 juta bagi projek loji solar 15MW di Batu Sapi, Sabah

LocalBusiness & Finance
4 Nov 2026 • 5:37 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

RedPlanet raih pesanan RM7.09 juta bagi projek loji solar 15MW di Batu Sapi, Sabah Image from: RedPlanet raih pesanan RM7.09 juta bagi projek loji solar 15MW di Batu Sapi, Sabah hamden04/11/2026 - 17:37 Oleh HAMDEN RAMLI editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 4 Nov – RedPlanet Berhad memperoleh pesanan pembelian bernilai RM7.09 juta bagi melaksanakan kerja reka bentuk kejuruteraan sistem penyeliaan kawalan dan pemerolehan data (SCADA), integrasi sistem serta pembekalan peralatan bagi projek loji solar fotovolta (PV) berskala besar berkapasiti 15 megawatt arus ulang-alik (MWac) di Batu Sapi, Sandakan, Sabah.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia kumpulan itu berkata, pesanan itu diterima menerusi anak syarikat milik penuhnya, AZTI Systems Sdn Bhd daripada sebuah syarikat yang diperbadankan di Malaysia.

 

Skop kerja merangkumi reka bentuk kejuruteraan SCADA dan integrasi sistem, selain pembekalan peralatan sistem elektrik, kawalan, automasi dan digital bagi menyokong operasi loji solar berkenaan.

 

Pengarah Urusan RedPlanet, Lian Wah Seng berkata, pesanan pembelian itu memberi peluang kepada kumpulan untuk menerapkan keupayaan kejuruteraan dan integrasi sistem bagi memenuhi keperluan projek solar PV berskala besar.

 

Beliau berkata, kumpulan akan memberi tumpuan kepada penyelarasan rapat dengan pihak pemberi kontrak bagi melaksanakan skop kerja yang dipersetujui, dengan memanfaatkan keupayaan teknikal AZTI Systems serta sumber kumpulan.

 

Pesanan pembelian itu dijangka mengambil masa enam bulan untuk disiapkan, dengan tarikh permulaan akan dipersetujui bersama oleh kedua-dua pihak.

 

RedPlanet berkata, pembelian perkakasan termasuk penyongsang, peralatan terminal jauh dan kabel akan dibiayai menerusi gabungan hasil tawaran awam permulaan (IPO), pinjaman bank dan/atau dana yang dijana secara dalaman.

 

Pesanan itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan sesaham dan aset bersih sesaham kumpulan sepanjang tempoh pelaksanaannya.

 

Bagaimanapun, penerimaan pesanan pembelian itu tidak akan memberi kesan terhadap modal saham terbitan syarikat atau pegangan saham pemegang saham utamanya.

 

AZTI Systems menyediakan sistem dan penyelesaian turnkey merangkumi sistem keselamatan platform, penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta sistem maklumat geografi, selain perkhidmatan kejuruteraan, penyelenggaraan dan sokongan. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved