Reedzwann Dedah Perbualan & Foto Terakhir Bersama Rakan Yang Maut Dalam Kemalangan – “Telinga Masih Terngiang Suara”

8 Sep 2024 • 1:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Penyanyi dan komposer, Reedzwann tampil mendedahkan perbualan terakhirnya bersama rakan yang maut akibat kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Utara-Selatan, Trolak, Tanjung Malim pada Sabtu.

Perbualan & Foto Terakhir 

Menerusi perkongsian di Instagram, Reedzwann atau lebis mesra disapa Wan itu berkongsi perbualan terakhir bersama Nuraisyatul Humairah Mohd Radzi, 20.

“Kalau Maira takda balik kolej ke wan Wan tolong ibu ayah okay,” demikian kata-kata terakhir Allahyarham.

Dalam perkongsian tersebut, pelantun lagu Cinta Pandang Pertama itu turut berkongsi foto terakhir mereka sebelum nahas.

Trauma & Lemah Semangat

Dalam pada itu, Reedzwann turut memaklumkan keadaan terkini dirinya yang masih dalam keadaan trauma dan lemah semangat.

“Ramai yang bertanya kepada Wan, Wan mengalami kecederaan di bahagian kiri badan dari kepala hingga ke kaki.

“Tapi setelah check up, tiada masalah kecederaan dalaman yang serius kecuali lutut.

“Sejujurnya Wan masih dalam keadaan tidak baik. Trauma dengan apa yang berlaku.

“Wan masih lemah semangat. Telinga masih terngiang suara. Sukar untuk dijelaskan apa perasaan sekarang,” tulisnya.

Terdahulu, kereta dipandu Reedzwann terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 363.8, Lebuh Raya Utara-Selatan arah Selatan.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd. Hasni Mohd. Nasir berkata, Reedzwann atau nama sebenarnya Muhammad Khairol Ridhuan Khairol Husni bersama mangsa dalam perjalanan dari Jelutong, Pulau Pinang menuju ke Puchong, Selangor.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved