Seorang anak lelaki OKU sedih apabila bapanya dipukul, ditendang dan diheret di tengah orang ramai ketika waktu hujan kerana terlanggar gerai di sebuah pasar tani terletak di Padang Astaka Chukai, Kemaman, di sini.
Individu dikenali Hana meluahkan rasa sedih dan terkilan apabila bapanya diperlakukan sedemikian oleh beberapa orang yang disifatkan tidak beperikemanusiaan.
“Rehatlah, abah. Dunia terlalu kejam untukmu,”tulisnya dalam sebuah hantaran di TikTok, semalam.
Anak lelaki OKU sedih bapa dikasari
Dalam hantaran lain, Hana turut berterima kasih kepada orang ramai yang telah mendoakan dan menawarkan bantuan kepada keluarganya.
Maklumnya, bapanya kini sedang menerima rawatan lanjut di Hospital Terengganu Tengah.
“Terima kasih yang mana mendoakan kesihatan ayah saya dan ingin menolong keluarga kami.
“Kami sekeluarga hargai sangat sangat.. sekali lagi terima kasih,”ucapnya.
Setakat ini, tiga suspek telah ditahan polis dan terdapat pihak menawarkan khidmat guaman percuma untuk membolehkan mangsa menuntut keadilan.