Samsung Galaxy S25 FE dijangka dilancarkan dalam acara Unpacked yang akan berlangsung pada 4 September depan. Maka seperti biasa produk belum dilancarkan ini telahpun tertiris kali ini menerusi laman Android Headlines.

Rekaannya sama sahaja dengan Galaxy S25 tetapi dilengkapi skrin 6.7″ AMOLED 120Hz, cip pemproses Exynos 2400, memori 8GB RAM, storan sehingga 256GB dan bateri sebesar 4900 mAh yang menyokong pengecasan 45W.
Ini dipadankan pula dengan kamera utama 50MP sudut lebar, 12MP ultra sudut lebar dan 8MP telefoto. Sementara itu di hadapan pula terdapat kamera 12MP swafoto. Peranti hadir juga dengan pengimbas cap jari bawah skrin, speaker stereo dan sokongan Gemini serta Circle to Search.
Yang menjadi misteri ialah sama ada ia menggunakan One UI 8 berasaskan Android 16 atau masih dengan Android 15 seperti peranti S25 yang lain. Harga juga belum tertiris tetapi peranti ditawarkan dalam pilihan warna Navy, Jetblack, White, dan Icyblue.

