Samsung Galaxy Z Flip7 – Peranti Produktiviti Mini Tanpa Henti

TechnologyDigital
29 Aug 2025 • 12:00 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung Galaxy Z Flip7 dilancarkan di Malaysia baru-baru ini dan setiap tahun ada sahaja inovasi baharu dibawakan bagi menarik perhatian pembeli. Tahun ini Z Flip7 diberikan penambahbaikan paling besar dan ketara berbanding model Z Flip terdahulu maka izinkan kami menerangkan kepada anda mengapa ia adalah peranti lipat jenis Flip yang berbaloi untuk dimiliki.

FlexWindow Lebih Besar Tak Perlu Dibuka Lagi

image is not available

Z Flip7 ialah peranti kompak yang senang dimasukkan ke dalam beg tangan. Tetapi ada yang masih merungut skrin sekunder di luar kecil membuatkan peranti jenis Flip perlu dibuka setiap kali ingin digunakan. Pada Z Flip7, skrin sekunder di luar memenuhi keseluruhan skrin membolehkan skrin FlexWindow membuka pelbagai aplikasi.

YouTube, Gmail, Messages, Photo, Netflix dan permainan mudah alih sekalipun boleh dibuka di skrin luar. Terima mesej WhatsApp? Terdapat ruang mencukupi untuk membaca dan membalas mesej lengkap dengan sebuah papan kekunci penuh. Pada Z Flip7, ciri baharu Now Bar, Now Brief, dan Gemini Live juga turut boleh diakses terus dari skrin luaran. Maklumat seperti mesyuarat, janji temu dan laporan kaji cuaca terkini boleh diakses pantas.

image is not available

Ini memudahkan lagi penggunaan sebelum tangan lebih-lebih lagi di dalam bas atau MRT. Sebelah tangan di rel pemegang memastikan kestabilan ketika berdiri dan sebelum lagi menggenggam erat  Z Flip 7 yang boleh digunakan tanpa perlu dibuka.

FlexCam – Swafoto Paling Senang

Mengambil gambar swafoto pada telefon lain adalah tidak sebaik di Z Flip7 kerana mereka tidak mempunyai ciri FlexCam. Dengan FlexCam, dwi-kamera utama di bahagian belakang boleh digunakan untuk swafoto. Sensor lebih besar, lensa lebih baik, autofokus dan sistem OIS memastikan swafoto. yang diambil nampak jauh lebih baik berbanding kamera hadapan peranti lain di pasaran.

image is not available

Selain itu kerana rekabentuk tubuh boleh lipat, Z Flip7 mempunyai FlexMode yang membolehkan gambar diambil dari pelbagai sudut tanpa tripod atau kayu swafoto. Lipat badan Z Flip7 ke bentuk huruf ” L”, ubah sudut bukaan, pastikan adan di dalam viewfinder kamera menerusi FlexWindow dan gunakan telapak tangan untuk mula menangkap gambar? Dengan Flip7, tripod dan kayu selfie boleh dibersarakan atau dihantar untuk dikitar semula kerana tidak lagi diperlukan.

image is not available

Sekali lagi tak perlu membuka telefon terlebih dahulu kerana FlexCam menggunakan FlexWindow luar yang besar. Ambil lah gambar sehingga tangan lenguh dan ucapkan selamat tinggal kepada keperluan mengangkat tripod apabila keluar dari rumah.

Skrin Dalam Besar

image is not available

Walaupun kami memberikan tumpuan kepada skrin luar FlexWindow, tidak bermakna skrin dalaman 6.9″ Dynamic LTPO AMOLED 2X tidak berkuasa. Jauh sekali kerana ia dari jenis LTPO dengan kadar sedar semula 1-120Hz mengikut aplikasi,  keterangan sehingga 2600 nit dan menyokong format HDR10+. Dengan bezel nipis peranti kelihatan kontemporari dengan rekaan telefon pintar mercu lain di pasaran.

Dengan nisbah 21:9, kandungan siri TV dan Filem dapat ditonton dengan nisbah sinematik tanpa paling hitam besar di atas dan bawah pada peranti jenis candybar. Mod Multi-WIndow juga boleh memuatkan dua aplikasi serentak tanpa terasa ianya sempit.

*Penafian, ini adalah advertorial daripada Samsung Malaysia