Rekaan Fairphone 5 Tertiris Dengan Panel Hadapan Tanpa Takuk

TechnologyDigital
20 Jun 2023 • 12:25 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

FairPhone adalah pengeluar berpangkalan di Belanda yang sering menghasilkan peranti sepenuhnya daripada bahan yang dikitar semula. Kini muncul beberapa imej tular yang memperlihatkan rekaan untuk peranti baharu FairPhone 5. Ia telah dikongsi oleh Android Authority yang secara tidak langsung memberi gambaran awal tentang aspek penawaran pada peranti.

image is not available

Ia menunjukkan sebuah peranti dengan tiga pilihan kemasan, sama ada biru cair, hitam atau panel belakang lutcahaya. Elemen yang digunakan mempunyai perasaan dengan peranti Fairphone 4, bermaksud peranti kelak turut memfokuskan terhadap komponen yang mudah dibaiki. Ini termasuklah bateri yang mudah diganti, di samping pengguna juga boleh mendapatkan alat ganti tambahan untuk membetulkan telefon dengan sendiri sekiranya perlu.

image is not available

Namun apabila melihat pada panel hadapan tanpa takuk telah menampakkan perbezaan berbanding generasi terdahulu. Sokongan panel hadapan berlubang kecil digunakan pada kali ini untuk peletakan kamera swafoto tunggal. Pengalaman menjadi lebih baik dengan saiz bezel yang juga lebih nipis berbanding sebelum ini menjadikan paparan nampak luas.

image is not available

Perkakasan dalaman peranti bagaimanapun masih menjadi tanya tanya memandangkan sumber tidak pula berkongsi dengan lebih lanjut. Tetapi cip Snapdragon 750G dipercayai digunakan sebagai tunjang utama peranti kelak.